SJ-13-0091 : ambil baju yang ditinggalkan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0091 : ambil baju yang ditinggalkan

:salam

Mintak pendapat Tuan:

Sebelum ini,saya bersekolah di sekolah yang berasrama.Memanglah adat asrama,tak sah jika barang tidak hilang.Biasanya sebelum cuti semester, warden akan mengingatkan pelajar supaya mengutip baju di ampaian asrama supaya tidak dibuang oleh pekerja sekolah.Kebetulan saya balik lewat sehari kerana ada pertandingan sukan di tempat lain.Semasa saya berada di asrama(ketika cuti semester),saya dapati banyak baju dibiarkan.Sama ada mereka terlupa atau sengaja,Wallahua'lam.

Jadi,saya berfikiran jika pakaian ini dibiarkan,tentu akan dibuang akhirnya.Maka saya ambil yang sesuai dan saya memang tidak tahu siapa punya tuan pakaian itu.Apakah tindakan saya ini dikira mencuri?Atau saya perlu memulangkan kembali pakaian itu?

Re: ambil baju yang ditinggalkan

:wassalam

Jawab

Ada dua hukum yg anda keliru.

1. Hukum luqatah atau barang tercicir yg ditemui

2. Hukum sariqah atau mencuri

Sedangkan perbuatan pelajar2 meninggalkan pakaian mereka di asrama adalah bukan luqatah dan orang yg mengambilnya bukan mencuri sebab definasi luqatah dan sariqah itu tidak releven dgn apa yg berlaku di sekolah anda.

Maka ambillah pakaian itu sebelum ia di musnahkan oleh pekerja sekolah.

Cadangan kepada pihak sekolah ialah:
memungut pakaian itu dan menderma kepada bantuan tsunami dan gempa.

:aklam