SJ-13-0113 : Mewarna rambut

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0113 : Mewarna rambut

::roll: :salam Apa beza mewarna rambut dan menginai rambut. Saya perna menegur seseorang bahawa mewarna rambut adalah haram tetapi dia jawab dia tak mewarna tetapi inai.

SJ-13-0113 : Mewarna rambut

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr zali dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Sebenarnya, adalah menjadi sunnah mewarna rambut yang telah beruban. Jumhur ulama' yang melarang mewarnakan rambut dengan warna hitam (warna lain dibenarkan) dan ada dikalangan ulama' yang memakruhkannya (warna hitam) sahaja. Dalilnya :-

Hadith dari Jaabir ibn Abdullah ra bahawa Abu Quhaafah, bapa kepada Abu Bakar al-Sidiq telah dibawa kepada Nabi untuk melakukan sumpah dan rambutnya keseluruhan berwarna putih. Baginda :saw bersabda :

ÛíøöÑæÇ åÐÇ ÇáÔíÈ æÌäøöÈæå ÇáÓæÇÏ
"Tukarlah rambut beruban ini, dan elakkan dari warna hitam" [Hadith riwayat Muslim #2102].

Dari Abu Hurairah ra., bahawa nabi :saw bersabda :

Åäøó ÇáíåæÏ æÇáäÕÇÑì áÇ íÕÈÛæä ÝÎÇáÝæåã
"Sesungguhnya kaum Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan rambut mereka, maka berbezalah dengan mereka" [Hadith Riwayat al-Bukhaari #3275, Muslim #2103]

Beza menginai dan mewarna :- Inai (Henna / ÇáÍäÇÁ) merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut. Katam (ÇáßÊã) iaitu sejenis tumbuhan2 dari Yemen juga digunakan sebagai bahan pewarna bersama2 dengan Henna / Inai. Sabda Nabi :saw :

Åä ÃÍÓä ãÇ ÛíÑÊã Èå ÇáÔíÈ ÇáÍäÇÁ æÇáßÊã
"Sebaik2 benda bagi menukar rambut beruban adalah Henna dan Katam" [Hadith riwayat al-Tirmudzi #1753, Abu Daud #4205, Ibn Maajah #3622].

Mewarna pula adalah perbuatan mewarnakan rambut dengan menggunakan bahan pewarna seperti Inai (Henna) dan Katam. WA.

Untuk meklumat lanjut, Sila rujuk Soal Jawab dibawah :-

SJ-2069: warna rambut kerana trend atau style
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=8935

SJ-1659: hukum pewarna rambut dan fiqh tarjih
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=7263

wassalam

خيرالأمين