SJ-13-0128 : status hadith kulatain..(2kolah)..adakah daif??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0128 : status hadith kulatain..(2kolah)..adakah daif??

:salam

persoalan saya apakah hadith yg digunakan oleh imam as-safie dalam bab mengira jumlah air yg suci iaitu 2 kolah adalah daif dan bila dilihat pada situasi semasa lebih baik dipegang pendapat imam abu hanifah yg menyatakan kadar air yg suci itu adalah apabila dikuakkan air disalah satu hujung maka hujung yg satu lagi tidak bergoyang...maknanya jumlah air yang banyak lah..

tambahan pula bila dilihat kolah2 yang ada kat masjid nampak tak terurus dan kotor saje dari zahirnya..

minta komentar ::?

SJ-13-0128 : status hadith kulatain..(2kolah)..adakah daif??

:wassalam

alJawab:

Hadis dua qullah ini sebenarnya sahih.

Ia disahihkan oleh al-Hakim, al-Mustadrak : 1/132; juga oleh al-Muhaddith Syu'aib alArnauth, al-Ihsan fi Tashhih Ibn Hibban: no 1249, juga oleh Mufti Ben Baz, syarh Bulugh al-Maram, al-Albani dalam Tamam al-Minnah, Al-Albani dalam al-Irwa' al-Ghaleel : 1/60; al-Albani dalam Sahih alJami (#758) al-Qardhawi dalam Fiqh Taharah.

Hadis syaz dan mudhtarib itu berasal dari al-hafeedz ibn Qayyim (Tahzib asSunnan), allamah Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah mengatakan hadis lemah, juga didha'efkan oleh Imam Abdil Barr (al-Tamhid).

Yang mengatakan hadis sahih tapi susah untuk diamalkan hadis ini ialah: Imam Ibn Daqiq al'Ied, Juga Imam Abdil Barr, Imam Ismail al-Qadhi, Imam Ibn Mudzir asSyafi'iy, termasuk amuhaddith Nusantara, prof Hasbi as-Siddiqiey (Fiqh Islami).

Pendapat yg rajih:

1. Hadis dua qullah adalah sahih berdasarkan penelitian semula oleh muhaddith kontemporer spt al-Albani.

2. Namun mengamalkan hadis dua qullah tidak lagi praktikal kerana kecelaruan sukatan sebenar dua qullah itu dan ia hanya berdasarkan dugaan sahaja (Kerana bukan senang untuk mencari sukatan sebenar dari sukatan madinah, sukatan baghdad, sukatan Damsyiq, rithl, depa, hasta, jengkal dan unit isipadu sekarang dalam LITER).

Ia juga bercanggah dgn keadaan kesihatan zaman ini di mana terdapat banyak penyakit kerana air bergenang seperti denggi dan penyakit berjangkit spt hepatitis. Maka air paip adalah yang terbaik buat masa ini.

sekian

dari archive yang disimpan oleh laman web al-Firdaus.com