Askum Ustaz & semua forumer,
Saya harap ustaz dapat memberikan jawapan terperinci terhadap soalan saya nie & mudah2an ianya dapat dijadikan panduan & manfaat utk jalan yg benar.
1) Benarkah sekiranya perihal harta pesaka org yg telah meninggal dunia jika tidak diselesaikan dgn cara terbaik ini akan menyebabkan urusan simati di alam barzkah akan tergantung dan juga tak sempurna. Harap ustaz dpt beri penjelasan.
2) Jika salah seorang adik beradik yg berkemampuan berhajat untuk membeli tanah pesaka (by law) bagi menyelesaikan hal pesaka ini supaya tiada sebarang kekecohan & perebutan timbul. Setelah urusan jual beli selesai setiap waris akan dapat bahagian masing. Apa pandangan ustaz terhadap kes ini? Adakah ini jalan terbaik supaya harta pesaka itu tidak jadi rebutan dibelakang hari?
3) Sekiranya ada waris yang tidak bersetuju atas sebab2 peribadi atau bagi kepentingan diri sendiri, bagaimana pula pandangan ustaz?
4) Sekiranya salah seorang dari waris sebagai wakil menguruskan perihal harta pesaka ini secara ikhlas , dan kemudian pula disalah anggap oleh setengah pihak (waris) hingga menuduh pelbagai tohmahan pula yg timbul, bagaimana untuk mengatasi masalah ini?
Sekian sahaja soalan saya buat kali pertama ini, mudah2an Allah memudahkan segala urusan yg menuju kebaikan ini. Terima Kasih. Wasalam.
Jawapan Ringkas:
.Harta adalah urusan mereka yang hidup.Bagi saya simati tak menanggung apa-apa(Panel lain boleh sentuh bab ni dan boleh betulkan jika tersilap)lagi dah.
Bagi soalan seterusnya,mengapa tidak? dapat kan perakuan pembahagian faraid dari Mahkamah Syariah,selepas itu bolehla..lakukan urusan samada nak lepaskan hak(bahagian) dengan jual atau apa jua urusan berkaitan.Tak tahu la..kut ada permasalahan lain seperti timbul isu hibah..disana.Mungkin sdr boleh PM saya untuk berikan gambaran lebih jelas mengenai soal tu.WA