SJ-13-0133 : Sumpah Lagha ke Nie????

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0133 : Sumpah Lagha ke Nie????

:salam

Moga dirahmati Allah...

Maaf...saya bercerita skit....kawan saya satu ketika dulu pernah menyertai satu persatuan pelajar...dan pada akhir sesinya...pemilihan (undi) akan dilakukan...adalah satu 'gerakan' ni...yang anggotanya kebykkannya ahli persatuan terbabit...telah mengedarkan nama2 cadangan kepada ahli 'gerakan' terbabit yg juga ahli majoriti persatuan tersebut utk dicalonkan atau dipilih sbg Ahli Majlis Tertinggi (AMT).....

Kawan saya nie plak...mengambil nama2 cadangan terbabit mengedarkan/membocorkan kepada ahli persatuan yg tidak menyertai 'gerakan' terbabit (ahli monoriti)...atas tujuan adanya pakatan atau konspirasi...bak kata orang tiada ketulusan atau kebebasan kepada ahli utk memilih calon...sbb semuanya telah dipakat apatah lagi ahli 'gerakan' terbabit adalah majoriti dlm persatuan tersebut....

Kemudian, ahli persatuan yg monoriti nie...mengeluarkan senarai nama cadangan tersebut dan mengeluarkan iklan secara besar2an...dengan tujuan nama pemenang atau nama AMT telah diketahui sebelum hari pemilihan....

- Adakah ia berdosa dgn membawa keluar / bocorkan maklumat rahsia terbabit???

Selepas pada itu....'gerakan' terbabit tlh cuba mendapatkan penjelasan kawan saya terbabit melalui ikrar sumpah....kawan saya pun bersumpah ler...tak salah saya kata2nya berbunyi gini...

"Wallahi, Thollahi wa Billahi, saya tidak membocorkan maklumat terbabit dan kecelakaan atas saya jika membuat perkara terbabit dan jika ada apa2 tindakan seterusnya bkn kehendak saya"..... maksudnya dia menafikan kebocoran maklumat terbabit dan juga tindakan mengeluarkan iklan terbabit......

- Adakah sumpah tersebut diterima pakai???? sbb tujuannya adalah utk memperbetulkan pemilihan yg boleh dianggap salah....

- Adakah sumpah tersebut boleh diterima??? sbb dia adalah dikalangan monoriti...takut2 sebrg kemungkinan akan berlaku pd dirinya drpd ahli majoriti....

Harap pihak panel dpt memberikan hukum dan hujah berdasarkan situasi di atas....

SJ-13-0133 : Sumpah Lagha ke Nie????

:wassalam

Jawab ringkas:

1. Apakah berdosa perbuatan membocorkan rahsia persatuan?

Setiap orang bergantung kepada perjanjian. Jika mereka menyertai sesebuah organisasi dan organisasi itu mensyaratkan sesuatu dan jika ahli persatuan itu melanggar dengan sengaja tanpa hak, maka ia berdosa.

Dalilnya: HR alBukhari (si muslim tergantung kepada syarat2 (perjanjian)" (al-Irwa' (1303))

2. Apakah status sumpah tersebut:
Ia tidak dikira. Dalilnya, " Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (utk bersumpah) AQ 2:225

sekian