SJ-13-0165 : pengajaran dari ayat ayat al-qur'an

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0165 : pengajaran dari ayat ayat al-qur'an

:salam

kepada antum semua apakah pengajaran yang dapat saya ambil dari ayat 123 dari surah al-baqarah!

SJ-13-0165 : pengajaran dari ayat ayat al-qur'an

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr sa51 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Firman Allah swt :-

æóÇÊøóÞõæÇ íóæúãðÇ áóÇ ÊóÌúÒöí äóÝúÓñ Úóäú äóÝúÓò ÔóíúÆðÇ æóáóÇ íõÞúÈóáõ ãöäúåóÇ ÚóÏúáñ æóáóÇ ÊóäúÝóÚõåóÇ ÔóÝóÇÚóÉñ æóáóÇ åõãú íõäúÕóÑõæäó
"Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara)." [al-Baqarah : 123]

Ayat 2:123 diatas mempunyai wajah yang sama dengan ayat yang datang sebelum ini iaitu ayat 2:48 iaitu :-

æóÇÊøóÞõæÇ íóæúãðÇ áóÇ ÊóÌúÒöí äóÝúÓñ Úóäú äóÝúÓò ÔóíúÆðÇ æóáóÇ íõÞúÈóáõ ãöäúåóÇ ÔóÝóÇÚóÉñ æóáóÇ íõÄúÎóÐõ ãöäúåóÇ ÚóÏúáñ æóáóÇ åõãú íõäúÕóÑõæäó
"Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab) dan tidak diterima syafaat daripadanya dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan. " [al-Baqarah: 48].

Ibn Kathir rh. didalam mengulas ayat 2:123 mengatakan bahawa sebagaimana pengulangan didalam didalam ayat awal (2:48) disana menunjukkan penegasan (confirmation) agar menta'ati kepada Rasul dimana didapati penjelasan mengenai sifat-sifatnya, nama-nama, perintah-perintahnya didalam kitab-kitab yang diberikan mereka. Amaran juga diberikan kepada mereka yang menyorok kebenaran. [Tafsir al-Quran al-Azim, 1/232].

Didalam tafsiran beliau terhadap ayat 2:48 beliau menyebut :-

ÝÃÎÈÑ ÊÚÇáì Ãäåã Åä áã íÄãäæÇ ÈÑÓæáå æíÊÇÈÚæå Úáì ãÇ ÈÚËå Èå ææÇÝæÇ Çááå íæã ÇáÞíÇãÉ Úáì ãÇ åã Úáíå ÝÅäå áÇ íäÝÚåã ÞÑÇÈÉ ÞÑíÈ æáÇ ÔÝÇÚÉ Ðí ÌÇå æáÇ íÞÈá ãäåã ÝÏÇÁ æáæ ÈãáÁ ÇáÃÑÖ ÐåÈÇð .
æÞæáå ÊÚÇáì { æáÇ åã íäÕÑæä } Ãí : æáÇ ÃÍÏ íÛÖÈ áåã ÝíäÕÑåã æíäÞÐåã ãä ÚÐÇÈ Çááå ßãÇ ÊÞÏã Ãäå ÊÚÇáì áÇ íÞÈá Ýíãä ßÝÑ Èå ÝÏíÉ æáÇ ÔÝÇÚÉ æáÇ íäÞÐ ÃÍÏÇ ãä ÚÐÇÈå ãäÞÐ æáÇ íÎáÕ ãäå ÃÍÏ æáÇ íÌíÑ ãäå ÃÍÏ ßãÇ ÞÇá ÊÚÇáì { æåæ íÌíÑ æáÇ íÌÇÑ Úáíå } æÞÇá { ÝíæãÆÐò áÇ íõÚÐøöÈ ÚÐÇÈå ÃÍÏñ æáÇ íæËöÞ æËÇÞå ÃÍÏ } .

"Maka Allah memberitahu kita bahawa jika mereka tidak beriman dengan Rasulnya dan risalah yang dihantar, dan mereka masih kufur sehingga mereka bertemu Allah di hari Kiamat didalam keadaan itu, maka pertalian darah atau syafaat seseorang tidak akan memunafaatkan mereka, malah tiada tebusan yang dapat diterima dari mereka walaupun dengan bumi yang penuh emas.

Perkataan "mereka tidak akan ditolong" bermakna bahawa tidak ada sesiapa yang akan kesian kepada mereka dan cuba menolong mereka dan menyelamatkan mereka dari azab Allah, sebagaimana yang dinyatakan diatas, Allah tidak akan menerima tebusan atau syafaat bagi pihak mereka yang tidak beriman kepadanya. Tidak ada seseorang yang boleh menyelamatkan mereka dari azab dan tiada siapa yang menawarkan perlindungan, sebagai firman Allah swt :-

"serta dia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya?" [al-Mukminun: 88]

"Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah. [26] Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya" [al-Fajr 25-26]" [Tafsir al-Quran al-Azim, 1/139].
----------------

Kesimpulan dari pengajaran yang dapat diambil, diantaranya adalah :-

- mereka yang tidak ta'at kepada Rasul yang diturunkan kepada mereka, tidak akan mendapat syafaat dari Allah swt diharai Kiamat. Mereka tidak akan dapat perlindungan dari sesiapa sekali pun.

- mereka ini adalah sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat sebelumnya (al-Baqarah 2:122) telah kufur dengan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka ("Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya). ")

- Tafsir Jalalain menyebut seseorang itu hendaklah takut akan keadaan ini yang akan berlaku dihari Kiamat dimana tidak ada sebarang tebusan yang dapat melepasi azab Allah swt.

Sekian, wassalam
=======

1. Ibn Kathir. Tafsir al-Quran al-Azim - 1. (Tahrij hadith oleh Dr Kamal Ali Ali al-Jamal). Dar al-Tawzi' wa al-Nasyar al-Islamiyyah, 1998.

خيرالأمين