Assalamualaikum,
Maaf kalau soalan berulang,tapi ana dah ty search tapi macam tak jumpa pertanyaan ni.
Ana ada kawan baru memeluk islam,baru berkahwin,ingin membuang susuk.
Dia rasa sangat berdosa dan terasa diri tak suci selagi susuk tu masih ada.Dia tel;ah tersedar dan ingn merahsiakan ini dari suaminya. Bolehkah pihak al-ahkam memberi penjelasa bagaimana ak membuang dan apakah yang perlu dilakukannya.
Buat pengetahuan pihal ustaz2, orang yang memakaikan susuknya ialah orang islam dan dia sendiri tidah dapat menghubungi orang itu kembali utkmembuang.
HArap dapat membantu.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-13-0178 : Susuk
Primary tabs
Wed, 22/03/2006 - 12:36am
#1
SJ-13-0178 : Susuk
waalaikumussalam...
-susuk ni saya kurang arif tentang cara memakai atau membuang. pernah dengar cerita bahawa boleh buang dgn cara tertentu. elok jangan dulu kerana mungkin kita pergi kepada bomoh2 yg mengamalkan sihir dan jin juga.
-disebabkan susuk ni perkara sihir, maka sihir itu pasti akan dapat ditewaskan/dimusnahkan/dibuang melalui bacaan AlQuran dan juga doa2 yg pernah dibaca oleh Rasulullah SAW. maka amalkanlah membaca AlQUran dan zikir2 Rasulullah SAW. melalui pengalaman peribadi saya, sememangnya sihir, apa jenis sihir sekalipun adalah lemah apabila berhadapan dengan AlQuran.
-Rasulullah SAW pernah memberitahu di dalam hadith sahih bahawa surah alBaqarah n surah Ali Imran adalah surah yang mampu menewaskan perbuatan ahli sihir.
-bila kawan anda tu merasa berdosa dan menyesal, itu adalah perasaan yg baik dan ia menjadi taubat seperti sabda Nabi SAW dalam sebuah hadith sahih riwayat Ahmad: 'menyesal itu adalah taubat'.
- kalau soal kesihatan, saya tak mampu menjawab, namun, soal sihir itu boleh dihilangkan dengan bacaan ALQuran dan doa. insya Allah.