SJ-13-0218 : Mcm ne nak naik rumah baru

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0218 : Mcm ne nak naik rumah baru

Salam..

Saya ader sedikit persoalan..ader tak cara yang mengikut sunnah jika kita nak naik lumah baru..Ader kebanyakan dari umat Islam, bila nak naik lumah, mereka wat sedikit kenduri dan solat hajat..Adakah itu menepati sunnah..dan kalu tak apa alternatifnya..

SJ-13-0218 : Mcm ne nak naik rumah baru

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan rocker-salafian sekadar yang mampu, Insya-Allah.

Ulama mengatakan bahawa adalah mustahab (digalakkan) mengadakan makan-makan dengan menjemput jiran-jiran baru apabila berpindah ke rumah baru.

Didalam Mausu'ah al-Fiqhiyyah (8/206) ada menyebut :- "Mengadakan jamuan setelah mendapatkan harta baru adalah mustahab, seperti mana-mana majlis jamuan menyambut sesuatu yang mengembirakan. Ia dikenali sebagai Wakirah (æóßöíÑóÉ). Ia tidaklah semustahak walimah perkahwinan, dan ada dikalangan Mazhab Syafie meriwayatkan 2 pandangan samada ia wajib atau tidak, kerana selepas menyebut walimah, al-Syafie berkata : ia termasuk Wakirah...... dan aku tidak membenarkan mana-mana yang menolaknya".

Dr Abdul Fatah Ashour, Profesor Tafsir al-Quran di University al-Azhar mengatakan bahawa mengadakan Wakirah ini sunnah, dimana jiran-jiran akan dijemput agar mereka mendapat peluang bergaul dengan kenalan-kenalan baru dan mewujudkan hubungan persaudaraan Islam yang kuat dikalangan mereka. Ia juga membantu didalam proses pengadaptasian ke suasana baru.

Majlis makan-makan ini diadakan dengan tujuan menyatakan kesyukuran kita kepada Allah swt. Tidak ada ritual tertentu didalam melakukan Wakirah ini.

Sekian, wassalam

خيرالأمين