:salam
Mana lebih afdhal:
Seorang kaya yang bersyukur atau
Seorang miskin yang bersabar.
Adakah digalakkan kita mencari kekayaan dan bersyukur atas kurnian-Nya ataupun cukup sekadar apa yang ada dan bersabar sekiranya diuji dengan kemiskinan.
Tolong perjelaskan beserta dalil : mana yang lebih kuat untuk diamalkan.
:wassalam
al-Jawab:
Islam menolak pendapat aliran tasawwuf yang mentakdiskan kemiskinan. Islam hanya memuji sifat zuhud tapi Islam mencela kemiskinan. Zuhud menurut Islam ialah orang yang berharta yang menggunakan hartanya kepada jalan Allah
Islam menilai kekayaan dan kecukupan hidup adalah kenikmatan yang harus disyukuri, manakala kemiskinan adalah suatu cobaan yang perlu diatasi.
Utk mengatasi kekeliruan begini, Ust Hasan al-Banna ketika memulakan dakwah Ikhwaninya menyusun Usyul 20 perkara, dan pada usyul pertama lagi mendefinasikan semula Islam:
Usyul Pertama:
.....Islam adalah material dan hartabenda (madah wa tsarwah) ATAU usaha dan kekayaan (kasb wa ghinaa)....
Usyul ini bila dikemukakan buat pertama kali di Mesir, ia menimbulkan suatu kejutan kerana umat Islam tenggelam dalam arus tasawwuf dan kesufian yang memuja kemiskinan sebagai lambang kesufian dan kezuhudan seseorang.
Lihatlah bagaimana kedudukan Nabi dalam neraca kaya-miskin
" Dan Dia (ALLah) telah mendapati engkau (Muhammad) dalam keadaan papa, lantas Dia mengkayakan." S adDhuhaa: 08
Hadith:
"Sebaik-baik harta yang bernilai adalah milik orang soleh." HR Ahmad dan atTabrani, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Takhrij ahadith Musykilah alfaqr lil Qardhawi, hadith # 05.
Rumusan: yang lebih afdhal ialah kaya yang bersyukur dan keluarlah dari kemiskinan sedaya mungkin. (Ruj: al-Qardhawi, Musykilah alFaqr)