SJ-13-0278 kelebihan bulan rejab,sya'ban

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0278 kelebihan bulan rejab,sya'ban

:salam

Soalan sy adalah mengenai bln rejab dan sya'ban.

1) Umat Islam di Malaysia selalu diberitahu ada bbrp amalan yg sunat dilakukan sepanjang bln rejab dan sya'ban. Bolehkah disenaraikan amalan2 tersebut beserta dalilnya skali?

2) Bagaimana pula ttg amalan pada Nisfu Sya'ban. Adakah sbrg amalan yg dilakukan Rasulullah pada hari ini?

Terima kasih.

SJ-13-0278 kelebihan bulan rejab,sya'ban

1) amalan sunat yg benar2 disebut dalam hadith sahih ialah - berpuasa sunat pada siang harinya. itulah satu2nya amalan yang ada dalam hadith2 sahih khas utk bulan Syaaban. ini diambil daripada hadith sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim - Aisyah menceritakan bahawa Rasulullah SAW banyak berpuasa dalam bulan Syaaban lebih daripada bulan2 lain kecuali Ramadhan yang disempurnakan. Ini difahami dengan hadith2 lain seperti sebuah hadith riwayat Muslim daripada Aisyah yg menyatakan bahawa tidak ada bulan yg disempurnakan puasanya oleh Rasulullah SAW melainkan Ramadhan. Maka Rasulullah SAW berpuasa lebih pada bulan Syaaban tapi tidak menyempurnakannya sebulan. rujuk Fath al-Bari huraian Sahih al-Bukhari karya Ibn Hajar dalam bab puasa.

2) tidak ada amalan khusus yg pernah dibuat oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan tabiin . sekiranya ada amalan khusus, sudah pasti buku2 hadith utama yang mengumpulkan hadith sahih akan dipenuhi dengan hadith nisfu syaaban. tapi hakikatnya, hadith2 sahih tidak menceritakan dgn khusus apakah amalan pada malam itu. wallahu a'lam. boleh rujuk artikel berikut utk menambahkan maklumat:

http://www.islamtoday.com/showme2.cfm?cat_id=33&sub_cat_id=1417