SJ-13-0279 : Pacak Bendera----Khurafattt????

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0279 : Pacak Bendera----Khurafattt????

:salam

Moga kita dirahmati Allah...

Baru dirasmikan pelancaran bulan kemerdekaan....

1) adakah pacak dan pasang bendera banyak2 di satu2 premis swasta mahupun k'jaan bleh dikategorikan sbg khurafat???

2) bagaimana pandangan panel al-ahkam mengenai mengwujudkan keceriaan dengan menghiasi premis dengan bendera???

3) boleh atau tidak kita mengkategorikan bahawa salah satu cara untuk memaparkan kecintaan pada negara dan kesyukuran atas nikmat kemerdekaan pada Allah SWT bersimbolikkan dengan pemasangan bendera????

SJ-13-0279 : Pacak Bendera----Khurafattt????

:wassalam

ÇáÌæÇÈ
al-Jawab:

1) Bendera sudah ujud sejak zaman salaf dan ketika peperangan Nabi saw akan menyerahkan bendera perang dan beliau akan mewasiatkan giliran pemegang bendera jika pembawanya gugur syahid. Ia adalah simbol kesetiaan (loyalty) kepada pasukan dan tanda perpaduan. Begitu juga kabilah-kabilah Arab memang memiliki identiti mereka sendiri dan Nabi tidak mencela bendera. Maka bendera bukanlah khurafat kerana ia tidak disembah dan tempat manusia memohon permintaan dan perlindungan (S Abd Majid Subuh, Islam Online) Budaya memasang bendera di premis swasta dan kerajaan bukanlah aktiviti khurafat, cuma jika dilakukan dengan berlebihan hingga membuat yang terbesar, terpanjang, adalah pembaziran.

2) Jurudakwah atau aktivis Islam selalunya dicop tidak patriotik, tidak ada semangat cintakan negara. Maka pejuang Islam juga kena tunjukkan dan buktikan mereka juga ada semangat cintakan negara secara sederhana dan tidak salah mengibarkan bendera negaranya tanda kita mendokong semangat patriotik dan kita tidak mengkritik mereka yang cintakan negaranya. Inilah mesej Ust Hasan alBanna ketika menyarankan Usyul 20nya, bahawa Islam itu adalah negara dan watan (tanah air) mencerminkan Islam juga mera'ikan semangat cintakan watan.

3) Sebenarnya budaya mengibarkan bendera pada Hari Kemerdekaan adalah perbuatan meniru Amerika. Budaya mengibarkan stars and stripe ini begitu hebat di US dan ia ditiru pula oleh Negara Indonesia dan rakyat Indonesia begitu passionate (ghairah) melakukannya, hinggalah budaya ini diambil dan dihidupkan di Malaysia sehingga ke tahap sekarang. Kita tidak menentang amalan mengibarkan bendera dan melahirkan rasa bersyukur di atas nikmat kemerdekaan. Cuma kita kena bawa masyarakat kepada satu lagi paradigm yakni pengisian dan perjalanan menuju kepada semangat cintakan ummah dan menjadikan negara kita benar-benar merdeka baik dari segi ekonomi, sosial atau perundangannya.

Referensi:
Fatwa Islam Online (31/10/2002, Syaikh Atiyah Saqr dan Faisal Mawlawi tentang mengibarkan bendera dan lagu kebangsaan.