SJ-13-0293 : sayang binatang haram

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0293 : sayang binatang haram

:salam

1) saya ditanya adakah boleh kita menyayangi haiwan yg diharamkan seperti anjing dan babi ? Katanya kita x makan sbb haram tp klu kita sayang je macamana? Sebagai contoh : katalah doktor haiwan yg bergelumang dgn haiwan sebegini. jadi, lama-kelamaan timbul sayang pula.

2) Sekiranya pembedahan manusia boleh jamakkan solat sbb ambil masa yg lama , bagaimana pula klu melibatkan pembedahan haiwan ? Bagaimana klu ia haiwan yg diharamkan ?

syukran...

SJ-13-0293 : sayang binatang haram

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan yukitada dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Quote:
1) saya ditanya adakah boleh kita menyayangi haiwan yg diharamkan seperti anjing dan babi ? Katanya kita x makan sbb haram tp klu kita sayang je macamana? Sebagai contoh : katalah doktor haiwan yg bergelumang dgn haiwan sebegini. jadi, lama-kelamaan timbul sayang pula.

Tidak ada larangan untuk seseorang itu menyangi apa jenis binatang sekalipun, lebih-lebih lagi mereka yang terlibat sebagai Doktor haiwan. Haramnya khizir (babi) adalah kerana haram memakan dagingnya, sebagaimana firman Allah swt : "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah ...." [Surah al-Baqarah : 173].

Menurut Syiekh Atiyah Saqr rh. kenajisan babi adalah kenajisan 'hukum', iaitu haram memakannya. Ia tidak ada kena mengena dengan haram menyentuhnya atau wajib membencinya! Syeikh Atiyah Saqr berkata :-

æãä åäÇ ÞÇá Çáäææí: áíÓ áäÇ Ü Ãí ÇáÔÇÝÚíÉ Ü Ïáíá Úáì äÌÇÓÉ ÇáÎäÒíÑ¡ Èá ãÞÊÖì ÇáãÐåÈ ØåÇÑÊå ßÇáÃÓÏ æÇáÐÆÈ æÇáÝÃÑ¡
dir="ltr">"Maka berkata al-Nawawi : bukanlah dari kami - mana2 mazhab Syafie - suatu dalil mengenai kenajisan khinzir, bahkan doktrine mazhab kami ianya suci sebagaimana sucinya Singa, Musang dan Tikus.." (Fi Ahsanil Kalam 3/236).

Begitu juga dengan kenajisan anjing. Yang menjadi najis adalah mana-mana bijana yang pernah dijilat oleh anjing, hendaklah di samak dahulu sebelum digunakan. Sabda Nabi :saw :-

ØõåõæÑõ ÅöäóÇÁö ÃÍóÏößõãú ÅöÐóÇ æóáóÛó Ýöíåö ÇáßóáúÈõ Ãäú íóÛúÓöáóåõ ÓóÈúÚó ãóÑøóÇÊò ÃõæáÇóåõäøó ÈöÇáÊøõÑóÇÈö
dir="ltr">"Penyucian bijana salah seorang dari kamu apabila anjing menjilatnya, dengan membasuh 7 kali, dan yang pertama dengan tanah" [Hadith Riwayat Muslim #279].

Ibn Taimiyah rh mengatakan bahawa menurut Imam Malik, anjing itu binatang suci. Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad pula mengatakan air liur anjing sahaja yang najis [Majmu' Fataawa, 21/530].

Kesimpulannya, Islam tidak membenci binatang seperti anjing dan babi hanya kerana kenajisannya. Kenajisan babi adalah kerana ia haram di makan, dan kenajisan anjing terletak pada air liurnya. Selain dari itu, binatang ini adalah seperti binatang yang lain.

Quote:
2) Sekiranya pembedahan manusia boleh jamakkan solat sbb ambil masa yg lama , bagaimana pula klu melibatkan pembedahan haiwan ? Bagaimana klu ia haiwan yg diharamkan ?

Pembedahan yang memakan jangka masa yang panjang adalah termasuk "kesukaran" (masyaqqah) membolehkan solat di jama'. Menurut Syeikh Ibn Utsaimin rh bahawa kesukaran itu sangat luas [Kitab al-Sharhu al-Mumthi' 'ala Zaadi al-Mustaqni', 1/214 - 215]. Maka kerja-kerja mulia seperti doktor yang menjalankan pembedahan (yang memakan waktu yang panjang) tidak kira keatas manusia atau pun binatang, adalah termasuk didalam kesukaran yang membolehkan solat dijama'.

Sekian, wassalam

خيرالأمين