:salam
Saya pernah terdengar bahawa kita tak digalakkan sentuh kemaluan dengan tangan kanan, samada ketika bersuci atau tidak. Kononnya Nabi SAW seumur hidup tak pernah sentuh kemaluan dgn tangan kanannya. Malahan tangan kiri kita di'khaskan' utk perkara2 kotor, dan sbb itu rekod amalan buruk di hari akhirat juga disambut dgn tangan kiri. Apa nas sahihnya?
jkk
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Syarak banyak mengkhususkan tangan kanan untuk perkara2 mulia, dan tangan kiri untuk perkara2 kotor.
Hadis: Aisyah berkata: "Bahawa Nabi SAW suka memulakan dengan kanan dalam memakai selipar, bersuci, dan semua perkaranya".
HR: Bukhari (no: 166) dan Muslim (no: 268).
Dalam hadis lain, kata Aisyah: "Adalah tangan kanan Rasulullah SAW untuk bersuci dan makan. Dan tangan kirinya untuk urusan tandas dan apa-apa yang kotor".
HR: Abu Daud (no: 245) dan dinilai sahih oleh Albani.
Imam Nawawi menyimpulkan satu kaedah iaitu:
"Perkara yg berkaitan kemuliaan dan kehormatan seperti pakai baju, seluar, khuf, masuk masjid, bersiwak, bercelak, potong kuku, kerat misai, sikat rambut, cabut bulu ketiak, cukur kepala, memberi salam selesai solat, basuh anggota bersuci, keluar tandas, makan minum, bersalaman, menyapu hajar aswad, dan lain2 sunat didahului dengan tangan kanan. Manakala sebaliknya seperti masuk tandas, keluar masjid, istinja', buka pakaian, seluar, khuf dan lain2 maka dimulakan dengan kiri. Semuanya kerana kemuliaan kanan".
rujuk: Syarah Sahih Muslim 1/160.
Setakat ni, kami masih tidak menemui petunjuk sunnah untuk memastikan kenyataan ini. Oleh itu kami tidak berani mengiyakannya sebagai fakta.
Tetapi, hadis-hadis yg menceritakan cara baginda bersuci menunjukkan baginda menyentuhnya dengan tangan kiri.
Antaranya,
-hadis Aisyah di atas.
-hadis Maimunah r.a. dalam menceritakan cara baginda mandi junub. Dalam riwayat Abu Daud, "Kemudian baginda menuangkan air ke atas kemaluannya, dan membasuh kemaluannya dengan tangan kirinya".
Sunan Abi Daud (no: 245). (asal hadis ini ada dalam Bukhari dan Muslim).
Wallahu A'lam
http://abuumair1.wordpress.com