SJ-13-0345 : Tanah Wakaf Utk Dinamakan Atas Nama Arwah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0345 : Tanah Wakaf Utk Dinamakan Atas Nama Arwah

:salam

Moga kita dirahmati Allah SWT hendaknya,

Saya ingin mendapatkan pandangan mengenai perkara pemberian atau pembelian bangunan utk wakaf dihadiahkan pahalanya kepada arwah.

Gini ceritanya....Seorang waris telah mendapat duit pusaka si arwah...si waris ingin menggunakan duit pusaka tersebut utk diberikan atau beli bangunan atau tanah utk diwakafkan sama ada kepada pihak masjid atau bdn kebajikan lain dan mungkn juga utk laman2 web islamik utk pengurusan dan dinamakan wakaf tersebut atas nama si arwah....

Adakah ia dibolehkan???jika boleh minta kerjasama tuan berikan beberapa pandangan ulamak yg pro dan kontra dan as a conclusion nya....

Sekian, terima kasih.

:wassalam

SJ-13-0345 : Tanah Wakaf Utk Dinamakan Atas Nama Arwah

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Wakaf adalah salah satu bentuk sedekah. Iaitu pemberian secara kekal, supaya diambil manfaat daripadanya.

Dan ulama ahli sunnah tidak berselisih tentang keharusan bersedekah untuk simati. Malahan dinukilkan ijmak dalam masalah ini.

Dalinya ialah beberapa hadis sahih Nabi SAW mengiayakan (iqrar) beberapa sahabat bersedekah untuk simati, spt kisah Saad bin Ubadah yang menyedekahkan kebunnya untuk arwah ibunya dihadapan Nabi SAW dan baginda menyaksikannya. HR Bukhari (no: 2605).

Oleh itu, jika waris mengeluarkan sebahagian harta pusaka yang diperolehinya, untuk disedekahkan atau diwakafkan untuk simati, ia adalah suatu yang harus, malahan digalakkan.

rujukan:
- Tuhfatul Muhtaj 7/72
- Fatwa Lajnah Daemah (no: 2634)

Wallahu A'lam.