SJ-13-0347 : memberi salam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0347 : memberi salam

:salam

adakah sunnah Nabi yg menganjurkan memberi salam samaada dalam rumah itu berpenghuni atau tidak?

jzkk

SJ-13-0347 : memberi salam

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Tidak ada hadis khas tentang memberi salam ketika masuk rumah yang tidak berpenghuni. Tetapi ulama mengatakan sunat apabila masuk rumah tidak berpenghuni memberi salam dengan lafaz: Assalamu Alaina Wa Ala Ibadillahis Solihin.
Malahan Ibn Abdil Barr dalam Istizkar 8/471 mengatakan perkara ini adalah IJMAK.

Dalilnya ialah:

1) Umum perintah al-Quran:

ÝóÅöÐóÇ ÏóÎóáúÊõãú ÈõíõæÊðÇ ÝóÓóáøöãõæÇ Úóáóì ÃóäÝõÓößõãú ÊóÍöíøóÉð ãöäú ÚöäúÏö Çááøóåö ãõÈóÇÑóßóÉð ØóíøöÈóÉð

Maksudnya: Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari) rumah- rumah (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada (penghuninya yang berarti memberi salam) kepada dirimu sendiri, salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik. (Al-Nuur: 61).

-Imam Nawawi berdalilkan kepada ayat ini mengatakan sunat memberi salam samada di dalam rumah ada manusia atau tiada. (Al-Azkar m/s 23).

- Imam Qurtubi berkata: Ayat ini umum (iaitu memberi salam) ketika masuk setiap rumah. Jika di dalamnya ada penghuni Islam, maka lafaznya: Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Jika di dalamnya tiada penghuni, maka lafaznya: Assalamu Alaina Waala Ibadillahis Solihin. (Tafsir Qurtubi 12/319).

2) Perbuatan Sahabat.

Daripada Ibn Umar, katanya: "Apabila memasuki rumah yang tidak berpenghuni, maka ucapkanlah: Assalamu Alaina Waala Ibadillahis Solihin.
(Adab Mufrad no: 1055). Dinilai hasan oleh Albani dalam Sahih Adab Mufrad.

Ibn Abdil Barr dalam Istizkar menukilkan pendapat ini kepada Ibn Abbas, Alqamah, Ibrahim Nakhaie, Ikrimah, Mujahid, Atho', dan Abi Malik. (Istizkar 8/471).

rujukan:
- Adab Mufrad
- Istizkar
- Al-Azkar
- Tafsir Qurtubi