SJ-13-0359 : Menyimpan Rahsia

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0359 : Menyimpan Rahsia

:salam

Mohon penjelasan berkenaan kisah seorg penyimpan amanah orang.

Dalam satu pejabat, A telah diberitahu satu maklumat tentang rahsia pejabat e.g. berkenaan jumlah bonus yg diterima, kenaikan jawatan oleh rakan pejabat atau ketuanya.

Sekiranya rakan2 pejabat yg lain cuba mencungkil rahsia, adakah dia diizinkan utk berbohong dgn rakan yg lain?

Kalau boleh, apakah syarat2nya dan juga sebaliknya apakah juga syarat2nya.

Terima kasih.

SJ-13-0359 : Menyimpan Rahsia

:wassalam

al-Jawab:

Dalam al-Qur:an, banyak dijelaskan tentang amanah dan kaitannya dengan iman, antaranya:

AQT 23 (alMukminuun): 08 (Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya)
AQT 08 (al-Anfaal) 27 (dan janganlah kamu mengkhianati amanah2 yang dipercayakan keatasmu sedangkan kamu mengetahui)

HR Syaikhan dari Abu Hurayra ra (Tanda2 orang munafiq ada tiga: apabila berbicara dusta, bila berjanji ia mungkir dan apabila diberi kepercayaan, ia khianat) Bukhari: 6095

Apabila seseorang itu menjawat jawatan tinggi yang terlibat dalam MCM (management committee Meeting) dan banyak memegang rahsia jabatan dan mereka sudah mengetahui bahawa maklumat itu adalah rahsia, maka setiap ahli MCM hendaklah menjaga amanah tersebut. Jika ia gagal berbuat demikian, maka dalil2 yg kita paparkan di atas adalah ancamannya.

Tapi perkara-perkara yang anda timbulkan itu adalah khilaf (diperselisihkan), apakah ia rahsia atau bukan.
a. jumlah bonus dari syarikat kepada kakitangan sepatutnya bukan rahsia jika syarikat telus (transparent) menjelaskan polisi syarikat yang jelas dan telus. kebanyakan syarikat korporat hari ini dengan jelas mengisytiharkan dasar pemberian bonus kepada kakitangan, selalunya jumlah bonus mengikut keuntungan syarikat, dan formula pengagihan bonus kepada kakitangan pula bergantung kepada appraisal (penilaian prestasi). Kalau syarikat mempunyai dasar bonus yang telus dan jelas, maka ia sepatutnya bukan rahsia.

b. kenaikan pangkat juga sepatutnya telus dan dasar kenaikan pangkat dan perkembangan kerjaya (career path development) yang juga telus dan mudah difahami oleh kakitangan. jika perlantikan dilakukan tanpa dasar yang jelas, maka ia akan menimbulkan pelbagai spekulasi dan timbulnya isu2 spt kronisma dan pilih kasih.

Rumusan:

Jika isu2 yg anda bangkitkan itu memang menjadi rahsia pejabat/syarikat dan dasar syarikat yang tidak telus dalam isu bonus dan kenaikan pangkat, maka seseorang yg memegang rahsia tersebut hendaklah akur dan tegar memegang rahsia2 itu hinggalah pejabat CEO sendiri yang mengeluarkan maklumat rasmi.

Tapi dalam realiti moden hari ini, tidak ada apa yg dapat dirahsiakan spt kata pepatah melayu, mulut tempayan boleh ditutup, tapi tidak mulut manusia..soksek dan gosip pejabat tidak dapat dielakkan. Ia dinamakan rangkaian grapevine atau cakap2 kanteen atau kedai kopi. WA