SJ-13-0363 : Hukum berkaitan tanah wakaf

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0363 : Hukum berkaitan tanah wakaf

:salam

Moga kita dirahmati Allah hendaknya..,

1) Ada 10 individu berhasrat ingin membeli 10 lot tapak rumah yang nilai keseluruhannya kini lebih kurang RM 400 ribu (1 individu utk 1 lot tanah bernilai RM40 ribu).Pihak terbabit ingin menjual tanah tersbt dalam kiraan 1 kaki persegi utk tujuan wakaf.... (ADAKAH IA DIBOLEHKAN???...TANAH TERSBT DIBELI UTK TUJUAN WAKAF ATAU JUAL TANAH WAKAF...ATAU JUAL BELI DAN KEMUDIAN WAKAF???...ADAKAH CARA INI TEPAT???...)

2) Hasil jualan tersbt..pihak terbabit menganggarkan mampu mendapat RM1.2 juta...nilai tersbt adalah utk:

a) RM500 ribu utk tuan tanah seramai 10 org ( 1 individu dapat RM50 ribu)...mohon pencerahan dari nilai keuntungan tersebut???

b) RM 700 ribu adalah utk tujuan pembinaan bangunan di tanah tersebut... (ADAKAH CARA INI DIBENARKAN???....WAKAF TANAH ATAU WAKAF BANGUNAN???....ADAKAH INI DIKATAKAN MENJUAL HARTA WAKAF???... )

3) Bolehkan diberikan kepada penjual tanah utk tujuan wakaf tersebut yakni pemungut saguhati sebanyak 25% dari kerja2 pengutan yg dijalankan?????

4) Bolehkah bayaran gaji kepada pengurus yg memantau kerja2 pungutan dan perbelanjaan projek drpd sumber pendptn jualan tanah utk wakaf dan juga sumber derma org ramai????

Mohon pencerahan yang sebaiknya dari tuan panel dan juga dr sudut syariah terutamanya....

Sekian, terima kasih

:wassalam

SJ-13-0363 : Hukum berkaitan tanah wakaf

:salam

Antara rukun wakaf adalah:

1. Pewakaf
2. Harta yg diwakafkan
3. Penerima wakaf
4. Akad akaf

Adapun syarat2 harta yg ingin diwakafkan adalah harta tersebut adalah milik pewakaf dan juga objek yg spesifik.

Melihat kepada keseluruhan soalan di atas, dipahami terdapat 2 akad umum yg berlaku iaitu jualbeli dan wakaf.

Ringkasnya begini:

A membeli tanah. Tanah berkenaan menjadi miliknya. Dan apa yg menjadi miliknya, menjadi hak ke atas pembeli tersebut memperlakukan apa sahaja yang diinginkan. Setakat ini, ia adalah jualbeli biasa.

pembeli menjual kembali tanah tersebut dgn memecahkan kepada beberapa lot. Setiap lot ditetapkan harga RM X, dan lot jualan itu adalah bertujuan wakaf.
Komen: Antara syarat wakaf adalah harta itu menjadi milik pewakaf. Dalam hal ini, terdapat sedikit permasalahan disini. Iaitu telah wujud khiyar syarat iaitu tanah itu hanya boleh dibeli utk tujuan wakaf. Jika dibeli tapi tidak diwakafkan, maka jual beli itu tidak sah dan terbatal. Dengan erti kata lain, apabila khiyar syarat wuju dari pihak penjual, maka pemilikan tidak berpindah tangan sepenuhnya kepada pembeli. Sedangkan syarat harta wakaf seperti yg dinyatakan adalah harta itu mesti menjadi milik pewakaf secara mutlak. Tetapi, jika khiyar syarat itu dtgnya dari pembeli, maka itu tidak ada apa2 masalah. Maka di sini perlu diperhatikan lebih mendalam lagi oleh kedua2 belah pihak.

Diandaikan permasalahan di atas selesai, bagaimana pula soal untung penjual?
Komen: Oleh krn penjual hanyalah penjual dan bukannya pewakaf, nilai harta yg diperolehinya adalah miliknya. Ia berhak utk membuat apa sahaja pada hasil jualannya itu.

Quote:
b) RM 700 ribu adalah utk tujuan pembinaan bangunan di tanah tersebut... (ADAKAH CARA INI DIBENARKAN???....WAKAF TANAH ATAU WAKAF BANGUNAN???....ADAKAH INI DIKATAKAN MENJUAL HARTA WAKAF???... )

Ini berbalik kepada definisi harta wakaf. Secara umumnya, wakaf bangunan maupun tanah adalah sah selagi ia harta mutlak pewakaf. Cumanya, pada ketika jualbeli berlaku dengan pewakaf, pihak penjual (yg juga menjadi pihak yg menguruskan harta wakaf), perlu menjelaskan secara pasti apakah projek akan dilaksanakan. Krn slah satu lagi syarat harta wakaf adalah perlu ditentukan apa yg ingin diwakafkan. Kalau tidak tahu/tidk pasti apa projek yg akan dilaksanakan, maka wakaf itu batal. Jika semua kertas kerja projek sudah ada dan bersedia utk 'kickoff' maka ia tidak menjadi masalah. Cuma, melihat kepada kes2 pembinaan yg terbengkalai, saya merasaka tidak wajar utk mewakafkan sesuatu yg belum nampak. Cara lain, adalahpenjual berkenaan menyiapkan dahulu bangunan itu, kemudian baru melaksanakan hasratnya menjual sebagai wakaf kepad pewakaf yg berminat.

Quote:
3) Bolehkan diberikan kepada penjual tanah utk tujuan wakaf tersebut yakni pemungut saguhati sebanyak 25% dari kerja2 pengutan yg dijalankan?????

4) Bolehkah bayaran gaji kepada pengurus yg memantau kerja2 pungutan dan perbelanjaan projek drpd sumber pendptn jualan tanah utk wakaf dan juga sumber derma org ramai????

Maaf, ana tidak faham soalan ke 3

Adapun soalan ke-4, pengurus boleh diberikan upah dengan syarat dinyatakan (dipersetujui) oleh pihak pewakaf. Ini krn ia termasuk skop wakaf.

Sekian. Mungkin boleh dperkemaskan lagi oleh panel yg lain.

Wassalam

alWaqf
Muhammad Abu Zahrah

alFiqh alManhaji ala Mazhab alImam asySyafii
Dr Mustofa alBugho, Dr Mustofa alKhin & Ali Asy-Syarbaji