SJ-13-0418 : Status anak luar nikah & kaitannya dengan 6

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0418 : Status anak luar nikah & kaitannya dengan 6

:salam

Sepanjang pemahaman saya, takrif anak luar nikah adalah anak yang lahir tanpa akad perkahwinan yang saha ataupun anak yang lahir sebelum cukup 6 bulan dari tarikh akad nikahnya.

Pun begitu, saya terbaca petikan laman web MUIS: http://www.muis.gov.sg/eservices/faqs/SmartSearch_m.asp?strItemChoice=2005329105057&action=SHOWTOPICS&strSubItemChoice=2007668532&m_strTopicSysID=2007669226

Quote:
Ulama bersepakat bahawa had minimum kandungan adalah 6 bulan, berdasarkan ayat-ayat Al-Quran.

Maka, jika seseorang itu berzina, dan kemudian berkahwin kurang dari tiga bulan selepas melakukannya, maka tempoh kehamilannya selepas dia bernikah adalah selama 6 bulan. Jika tiada dalil yang menyatakan bahawa dia berzina, maka anaknya dianggap sah dari suaminya itu.

Namun, dalam zaman sekarang yang telah canggih ilmu kedoktoran dan alat kesihatan, tidak sukar untuk mengetahui samada bayi yang lahir adalah 6 bulan atau 9 bulan. Oleh itu, apabila seorang wanita telah melahirkan anak selepas 6 bulan berkahwin, dan bayi yang keluar berumur 9 bulan, maka tidak syak lagi bahawa anak tersebut adalah anak luar nikah. Ini adalah kerana had 6 bulan itu adalah dari tafsiran para ulama, dan bukan lafaz yang jelas dari Al-Quran atau hadith. Maka ijtihad para ulama dahulu akan terbatal dengan kepastian ilmu kedoktoran yang lebih tepat zaman sekarang.

Apabila telah dipastikan bahawa seseorang wanita itu berzina, samada ia melahirkan anak selepas 6 bulan kandungan, atau kurang 6 bulan kandungan, maka anak yang lahir tidak boleh dibinkan kepada suaminya. Ia adalah anak tiri suaminya itu, walaupun benihnya telah disemai oleh suaminya itu sebelum mereka berkahwin.

Adakah terdapat fatwa dari mana2 ulamak kontemporari berkenaan hal ini.

Menurut cerita rakan saya di sebelah sabah, banyak berlaku kes mengandung sebulan atau dua bulan baru berkahwin. Mereka berkahwin sebelum kandungan cukup 3 bulan bagi memastikan anak yang dilahirkan dapat status "anak sah taraf" dan bukannya anak luar nikah kerana lahir selepas 6 bulan berkahwin. na'uzubillah.

Mohon pandangan dari pihak AAN.

:wassalam

SJ-13-0418 : Status anak luar nikah & kaitannya dengan 6

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Ulama Islam hari ini rata-rata menerima penemuan moden seperti kaedah DNA dalam menentukan nasab. Malah, Majmak Feqah Islami pada persidangan tahun 1419H meluluskan keharusan penggunaan DNA dalam penentuan nasab.

- Namun Kedudukan DNA tidak setaraf dengan kaedah-kaedah isbat nasab yang lain, seperti firasy, saksi dan ikrar. Tiga kaedah ini adalah asas, tidak boleh dibatalkan dengan kaedah DNA. Kerana kedudukan DNA hanya setaraf dengan al-Qiyafah, iaitu: satu kaedah menentukan nasab oleh individu yang mahir dengan berpandukan kepada bentuk fizikal.

- Kerana itu, digunakan kaedah DNA ketika tidak ada petunjuk daripada kaedah-kaedah utama dan ketika keperluan. Tidak digunakan DNA secara berleluasa tanpa had sempadan.

- Dalam kes seperti yang anda sebut, terdapat kaedah menentukan nasab yang diiktibar syarak iaitu Firasy. Kerana syarak mengambil kira sekurang-kurang waktu hamil ialah 6 bulan. Maka jika seorang wanita berkahwin dengan seorang lelaki, dan boleh berlaku pertemuan antara keduanya, dan lahir anak dalam tempoh 6 bulan selepas itu, ia boleh dinasabkan kepada suaminya secara syar'ie. Ia tidak boleh dibatalkan dengan kaedah yang lebih rendah seperti DNA atau Qiyafah. Juga tidak boleh dibatalkan dengan kajian doktor tentang umur bayi samada 6 bulan atau 9 bulan.

- Perbahasan tentang status DNA dalam menentukan nasab boleh dibaca dalam artikel 'Penentuan Nasab Melalui Pengesahan DNA'. URL: http://abuumair1.wordpress.com/2008/05/18/penentuan-nasab-melalui-pengesahan-dna/

Wallahu A'lam.

Rujukan:
- Al-Basmah al-Wiratsiyyah Wa Dauruha Fi al-Itsbat. Dr Wahbah al-Zuhaili.
- Al-Nasab Wa Mada Ta’tsir al-Mustajaddat al-Ilmiyyah Fi Itsbatih. Sufian B Umar.
- Itsbat al-Nasab Bi al-Basmah al-Wiratsiyyah. Muhammad Sulaiman al-Asyqar.
- Al-Basmah al-Wiratsiyyah Wa Mada Masyri’iyyat Istikhdamiha Fi al-Nasab Wa al-Jinayah. Dr Umar Subayyil.