Assalamualaikum
Moga dirahmati Allah,
Ringkasnya...boleh pihak tuan berikan profil ringkas dan apakah peranan sabahat Mu'az Bin Jabal R.A pada masa dan selepas hayat Rasul SAW??
Terima kasih diatas keperihatinan...
Wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
Assalamualaikum
Moga dirahmati Allah,
Ringkasnya...boleh pihak tuan berikan profil ringkas dan apakah peranan sabahat Mu'az Bin Jabal R.A pada masa dan selepas hayat Rasul SAW??
Terima kasih diatas keperihatinan...
Wassalam
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Nama: Muaz Bin Jabal Bin Amru Al-Khazraji, Al-Madani, Al-Badriy.
Kuniyah: Abu Abdil Rahman.
- Menyaksikan Perjanjian Aqabah.
- Menyaksikan Peperangan Badr (ketika berumur 20 tahun).
Kelebihan dan peranan Muaz:
- Salah seorang yang mengumpulkan al-Quran pada zaman Nabi SAW. Iaitu beliau bersama Ubai bin Kaab, Zaid, dan Abu Zaid.
- Terdapat hadis: "Ambillah Quran daripada empat orang: Ibn Mas'ud, Ubai, Muaz bin Jabal, dan Salim Maula Abi Huzaifah". (Bukhari dan Muslim).
- Salah seorang yang berfatwa pada zaman Nabi SAW. Kata Sahl: Mereka yang berfatwa pada zaman Nabi ialah: Umar, Uthman, Ali, Ubai, Muaz dan Zaid.
- Dalam Hadis Tirmizi: "Sebaik-sebaik lelaki ialah ABu Bakar. Sebaik-baik lelaki ialah Umar. Sebaik-baik lelaki ialah Muaz".
- Dalam hadis , Nabi pernah berkata kepada beliau "Wahai Muaz, Aku kasih kepada kamu".
Peranan Selepas Zaman Nabi SAW
- Antara orang yang diiktiraf oleh Umar sebagai faqeh. Kata Umar dalam satu ucapannya: "Sesiapa mahu bertafaqquh, hendaklah datang kepada Muaz".
- Umar banyak merujuk kepada beliau.
RUjukan: Siyar A'lam al-Nubala
http://abuumair1.wordpress.com