SJ-13-0423 : malaikat tumpang lalu....

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0423 : malaikat tumpang lalu....

:salam

Berlaku situasi apabila sekumpulan orang sedang berbual , tiba2 masing2 terdiam serentak . Kemudian ada yang cakap “… haa.. malaikat lalu” . Dari mana datangnya ungkapan ini ? Adakah ade hadis mengenainya ?

SJ-13-0423 : malaikat tumpang lalu....

Salam....

Sepanjang pencarian kami yang terhad dan terbatas....tidak ada sebarang sandaran mengenai hal tersebut melainkan ianya adalah ungkapan-ungkapan yang berasal dari masyarakat dahulu kala.

Ianya juga mungkin berkait rapat dengan anggapan masyarakat bahawa malaikat adalah sejenis makhluk ciptaan Allah yang dikaitkan dengan perkara-perkara kebaikan manakala syaitan pula dikaitkan dengan perkara-perkara kejahatan.Sebab itu tidak mustahil adanya ungkapan disesetengah tempat , "Baik macam malaikat , jahat macam syaitan"

Dalam keadaan sekumpulan yang sedang berbual-bual , sudah tentu akan adanya gelak tawa yang berlebih-lebihan serta perbualan yang tidak mendatangkan faedah.Maka apabila disuatu ketika kumpulan tersebut terdiam sejenak tanpa sebarang perbualan dan gelak tawa...lalu ianya dikaitkan dengan kedatangan malaikat yang memang dikatakan tidak suka akan perbualan kosong dan gelak tawa yang berlebihan.....

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com