SJ-13-0439 : kalimah redha dan haram

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0439 : kalimah redha dan haram

:salam

Apa pandangan panel berhubung kata2 berikut : “ aku haramkan engkau pijak rumah aku lagi”. Atau ‘saya tak redha segala ilmu yang dicurahkan klu awak meniru dlm peperiksaan nati “. Soalan saya : Layakkah seorang manusia mengungkapkan kalimah redha & haram ?

SJ-13-0439 : kalimah redha dan haram

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Ayat 'Aku haramkan engkau pijak rumah aku', kalimah 'HARAM' di sini hanyalah bermaksud tidak mengizinkan. Bukan bermaksud HARAM SYARAK. Seseorang pemilik rumah berhak untuk tidak mengizinkan orang lain memasuki rumahnya. Tetapi jika ayat ini diucapkan kepada keluarga dengan sebab untuk memutuskan silaturrahim, maka ia adalah satu dosa.

Ayat 'tidak redha dengan ilmu yang diajarkan', satu ayat yang tidak menepati kehendak syarak. Kerana syarak menggalakkan supaya mengajar dan ikhlas dalam mengajar. Seorang guru mendapat pahala daripada ilmu yang dicurahkan.

Dia boleh melarang anak muridnya meniru ketika peperiksaan dengan menyebut dosa meniru, dosa menipu yang terdapat dalam hadis-hadis. Dia tidak perlu menggunakan cara seperti 'tidak redha dengan ilmu'. Kerana ilmu itu adalah hak Allah, dan tugas guru hanyalah menyampaikan ilmu itu.

Wallahu A'lam.