Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah
Berikut kami ringkaskan pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai hal ini.
Nyanyian dan muzik merupakan isu yang diperselisihkan oleh ulama' . Secara umumnya terdapat 3 pandangan :-
a. Dikalangan mereka yang membenarkan nyanyian dan alat muzik dengan meletakkan beberapa syarat.
b. Ada yang membenarkan nyanyian sahaja, tanpa alat muzik.
c. Ada yang mengharamkan kedua-duanya sekali.
Diantara hadith yang digunakan oleh mereka yang mengharamkan alat muzik adalah hadith riwayat Abu Malik atau Amir al-Ash'ari bahawa Nabi :saw bersabda :-
dir="ltr"> "Akan ada dikalangan umatku segolongan manusia yang menghalalkan zina, sutera, arak dan ma'azif" [Sahih Bukhari #5590]
Hadith ini dikategorikan sebagai hadith mu'allaq dan bukan dari kategori musnad muttasil (rantaian perawi yang lengkap, sampai kepada Nabi :saw). Ibn Hazm menolak hadith ini atas alasan ini. Lebih2 lagi terdapat didalamnya perawi yang bernama Hisham Ibn 'Ammar yang dikenali sebagai seorang yang thiqah (boleh dipercayai) akan tetapi ada meriwayatkan hadith yang mungkar.
Hadith ini juga tidak menunjukkan dengan jelas pengharaman alat muzik. Jika al-ma'azif dimaksudkan sebagai alat muzik, maka ungkapan YASTAHILLUN didalam hadith tersebut membawa 2 maksud menurut Ibn al-Arabi :-
a. Makna sebenar, iaitu orang mengatakan ia halal.
b. Makna kiasan, iaitu mereka telah melampau batas atau had penggunaanya.
Jika kita menerima hadith ini sebagai dalil pengharaman alat muzik, maka timbul persoalan : apakah pengharaman al-ma'azif ini kerana ia berserta dengan zina, memakai sutera dan arak? Maka ada pendapat yang mengatakan bahawa alat muzik yang disertai dengan perkara maksiat adalah haram, dan bukan zat alat muzik itu sendiri. Pandangan ini dikatakan lebih kuat.
Secara kesimpulannya, al-Qaradhawi ha. mengatakan bahawa nas agama yang dijadikan asas mengatakan muzik adalah haram samada-ada ianya tidak jelas (samar-samar) atau tidak sahih. Hadith-hadith ini dinyatakan sebagai dhaef (lemah) oleh pengikut Ibn Hazm, Malik, Ibn Hanbal dan al-Syafie.
al-Qadi Abu Bakar ibn al-Arabi didalam bukunya al-Ahkam menyebut : "Tidak ada hadith yang menyatakan nyanyian adalah haram dianggap sahih". Ini merupakan pandangan yang sama oleh Imam al-Ghazali dan Ibn An-Nahwi didalam al-'Umdah. WA.
Sekian, wassalam
Rujukan :
al-Qardhawi, Yusuf. Fiqh al-Ghina wa al-Musiqy fi Dhaui al-Quran wa al-Sunnah. Kaherah : Maktabah Wahbah, 2001.
wa'alaikumussalam

خيرالأمين