:salam
Apakah hukum pd seseorang pemberita yg membaca berita di TV yg jelas dimanipulasi (terdapat penyelewengan fakta/finah) oleh sesetengah pihak yg menguasai media? Adakah ianya termasuk sbg dharurat bagi dirinya kerana dia hanya tukang baca?
jzk
:salam
ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ
Membaca atau menyatakan sesuatu perkhabaran palsu sehingga mengakibatkan ianya tersebar dalam masyarakat adalah suatu perbuatan yang dilarang dalam Islam.Lebih-lebih lagi jika seseorang itu telah mengetahui bahawa ianya adalah berita atau perkhabaran palsu.Ini kerana perbuatan tersebut dianggap sebagai menolong dalam berbuat perkara-perkara mungkar dan individu tersebut pula terlibat dalam perbuatan tersebut secara langsung.
Firman Allah swt dalam surah al-Maidah ayat 2 :
æóÊóÚóÇæóäõæÇ Úóáóì ÇáúÈöÑøö æóÇáÊøóÞúæóì æóáóÇ ÊóÚóÇæóäõæÇ Úóáóì ÇáúÅöËúãö æóÇáúÚõÏúæóÇäö æóÇÊøóÞõæÇ Çááøóåó Åöäøó Çááøóåó ÔóÏöíÏõ ÇáúÚöÞóÇÈö
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.”
Perkara ini juga tidak boleh dikatakan sebagai dharurat , kerana ianya melibatkan keseluruhan manusia yang mendengar perkhabaran tersebut yang mana akhirnya akan mengakibatkan kekacauan , kegelisahan , keresahan dan kemunculan mafsadah yang besar dalam masyarakat , kesan daripada berita atau perkhabaran tersebut.
Islam telah meletakkan syarat bahawa keadaan yang dikatakan dharurat itu adalah yang berkaitan atau hanya melibatkan diri sendiri sahaja , bukan yang menggangu hak orang lain.Sebab itu , membunuh dan berzina / melacurkan diri tidak boleh dianggap sebagai perbuatan dharurat kerana ianya melibatkan hak indiviidu / orang lain.
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com