SJ-13-0470 : Perubatan CVT, Aura Warna dan seumpamanya?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0470 : Perubatan CVT, Aura Warna dan seumpamanya?

:salam

Ana mohon pandangan dari Panel Fiqh AAN tentang perubatan sebegini ?

Rujuk Link

Adakah perubatan sebegini dibenarkan oleh syarak? Terlebih dahulu
diucapkan jazakallah atas perhatian ahli Panel.

:wassalam

SJ-13-0470 : Perubatan CVT, Aura Warna dan seumpamanya?

Salam ,

Asas dalam rawatan dan pengubatan penyakit dalam Islam ialah :

1. Bebas daripada unsur-unsur pemujaan , khurafat dan syirik kepada Allah swt.

2. Pengharapann dan penggantungan kesembuhan daripada penyakit hanya kepada Allah swt.Bukan kepada ubat atau rawatan tersebut.

3. Asal segala sesuatu adalah dibolehkan , selagi tidak ada dalil yang melarang atau mengharamkannya.

4. Menolak kemudharatan , mendatangkan kebaikkan.

Sekiranya keempat-empat asas tersebut dapat dipatuhi , maka apa sahaja cara dan kaedah perubatan yang digunakan oleh sseorang dalam usaha merawat penyakitnya adalah diharuskan.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com