SJ-13-0514 : Kisah burung ketika Nabi Ibrahim as dibakar?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0514 : Kisah burung ketika Nabi Ibrahim as dibakar?

Assalamu'alaikum...

Panel AAN yang dihormati,

1. Adakah kisah burung yang membawa air menggunakan paruhnya untuk memadam api besar yang membakar Nabi Ibrahim AS; sahih ceritanya?

2. Bolehkah kisah itu dijadikan sebagai tauladan dan disebarkan, dan disandarkan kisah tersebut dgn Nabi Ibrahim as?

3. Pengalaman saya ada yang menggunakan kisah etrsebut utk 2 iktibar:

- Iktibar 1: Berbuatlah kebajikan walaupun sedikit dan kecil, kerana ia akan diganjari ALLAH. Ukuran kecil/besar biar ALLAH tentukan.

- Iktibar 2: Jangan kita perbuat macam burung dlm kisah di atas. Dah tahu ia perbuatan sia2, tapi nak buat juga. Jauhilah perbuatan sia2.

Saya cenderung dgn iktibar 1. Tapi, ada sebahagian ahli masyarakat menggunakan kisah yang sama dengan membawa kesimpulan iktibar 2.

Mana yang betul?

Terima kasih. WALLAHU ta'ala a'lam.

SJ-13-0514 : Kisah burung ketika Nabi Ibrahim as dibakar?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Tersebut kisah mengenai burung layang-layang yang melihat Nabi Ibrahim di bakar lalu mengambil air di paruhnya lalu dicurahkan keatas unggun api tersebut. Walaupun dia tahu bahawa perbuatannya tidak akan dapat memadamkan api tersebut, namum dia berusaha ingin menegakkan kebenaran. Cerita ini secara tersendiri tidak dapat dikesan kesahihannya. wallahu'alam.

Begitu juga didalam cerita yang menceritakan bahawa burung-burung turut menangis tanda protes diatas peristiwa Nabi Ibrahim as di bakar. Terdapat seekor burung yang paling lemah dikalangannya telah terbang menuju kepada Nabi Ibrahim as. dan dihalang oleh Malaikat. Lalu burung tersebut berkata: Tidakkah engkau tahu bahawa sahabat Allah sedang dibakar. Walaupun aku tidak dapat menyelamatkannya, aku ingin menunjukkan simpatiku dengan bersama beliau didalam api.

Namun demikian, kisah Nabi Ibrahim as. dibakar ini dapat dilihat didalam kitab-kitab tafsir dengan merujuk kepada ayat 69 Surah al-Anbiya'. Ibn Kathir rh. didalam kitabnya Tafsir al-Quran al-Azhim (Jilid 3/225) menjelaskan bahawa semua binatang-binatang yang melata di muka bumi ini cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim as. kecuali cicak, sebagaimana hadith riwayat Ibn Hatim, dari A'isyah ra. bahawa Rasulullah :saw bersabda :

Åä ÅÈÑÇåíã Ííä ÃáÞí Ýí ÇáäÇÑ áã íßä Ýí ÇáÃÑÖ ÏÇÈÉ ÅáÇ ÊØÝÆ ÇáäÇÑ ÛíÑ ÇáæÒÛ ÝÅäå ßÇä íäÝÎ Úáì ÅÈÑÇåíã
dir="ltr">"Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim..." [Lihat juga Tafsir al-Munir, Wahbah al-Zuhaili, 9/93].

Riwayat ini menunjukkan bahawa setiap makhluk dimuka bumi ini, termasuk binatang, yang beriman dengan Allah swt dan Nabinya Ibrahim, telah cuba berikhtiar menyelamat Nabinya. Yakin diatas kebenaran yang dibawa oleh Ibrahim, dan kekalutan serta kezaliman yang dibawa oleh Namrud, mereka berusaha memadamkan api tersebut, walaupun pada hakikatnya mereka tidak berupaya memadamkannya. Usaha kearah menegakkan kebenaran ini walau sedikit pengorbanannya, mempunyai impak yang bernilai apabila kita bertemu Allah swt dihari Kiamat kelak. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين