SJ-13-0523 : Salam itu adalah doa...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0523 : Salam itu adalah doa...

:salam

Moga dirahmati Allah...

Ucapan salam adalah doa....ucapan :salam kepada non muslim adalah di larang sebagaimana jawapan ini...sila rujuk url ini...http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36285&highlight=salam+kepada+non+muslim&sid=f1a0b85d81b7027aef24bdb683bee3b6

Tapi...soalannya... adakah dibolehkan ucapan :salam ini kita niatkan agar non muslim tersebut sejahtera dengan dikurniakan hidayah kepadanya???

Terima kasih...:wassalam

SJ-13-0523 : Salam itu adalah doa...

:salam

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Ringkasnya , ucapan salam tidak boleh dimulakan kepada non-muslim sebagai hadis yang disebut dalam soal jawab terdahulu.Begitu juga kita tidak boleh memohon atau mendoakan kersejahteraan dan keampunan golongan kuffar sebagaimana firman Allah swt dalam surah at-Taubah ayat 113 :

ãóÇ ßóÇäó áöáäøóÈöíøö æóÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ Ãóäú íóÓúÊóÛúÝöÑõæÇ áöáúãõÔúÑößöíäó æóáóæú ßóÇäõæÇ Ãõæáöí ÞõÑúÈóì ãöäú ÈóÚúÏö ãóÇ ÊóÈóíøóäó áóåõãú Ãóäøóåõãú ÃóÕúÍóÇÈõ ÇáúÌóÍöíãö

“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang Yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka Bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka”.

Jika kita ingin mendoakan agar non-muslim tersebut diberikan hidayah untuk menerima Islam , maka bolehlah kita mendoakannya secara khusus dengan memohon kepada Allah swt agar sifulan tersebut diberikan hidayah untuk menerima Islam dengan syarat mestilah kita berusaha berdakwah dan memberikan penerangan tentang Islam dengan sebaiknya agar Islam itu dapat difahami dan dihayati dengan baik.….Allahu A’alam .

WA

Rujukan :
Tashih ad-Dua , As-Syeikh Bakr bin Abdullah Abu Zaid , Dar al-‘Asimah , 1999

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com