:salam
Confuse banyak lak nii.., minta ustaz tolong jelaskan :
1) Ada orang cakap, kalau dah minta maaf, orang tu tak nak maaf, lantak ler orang tu. Tugas kita dah selesai.
2) Ada orang cakap, selagi orang tu tak maafkan, kena le gi minta maaf sampai dia maafkan walaupun berkali-kali.
3) Tak teringin pun nak minta maaf, tak tahu pun dia bersalah... Camner lak orang jenis ni? Org lain lak yang sakit hati.
Itu ler yang rata2 pendapat orang melayu. Kalau bleh sabar pun takat 3KALI sahaja, dalam apa2 hal juga.
Minta ustaz jelaskan beserta hadis/quran bagi 1,2&3.
:wassalam
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
- Untuk bertaubat daripada kesalahan yang bersangkutan dengan hak manusia, hendaklah dipulangkan balik haknya jika ia berbentuk harta. Atau diminta halalkan jika berbentuk maruah, seperti dosa umpatan dan dosa fitnah.
- Nabi Sallallhu Alaihi Wasallam bersabda:
ãä ßÇäÊ ÚäÏå ãÙáãÉ áÃÎíå ÝáíÊÍááå ãäåÇ
maksud: "Sesiapa yang ada kezaliman terhadap saudaranya, hendaklah meminta halal kepadanya dari kezaliman itu".
Direkod oleh Bukhari (no: 6169)
- Jadi, orang yang bersalah terhadap seseorang manusia, mesti sedaya upaya mendapatkan kemaafan daripadanya. Kerana itulah jalan yang menjamin dapat melepaskan bebanan dosa itu di akhirat.
- Jika tidak mampu mendapatkan kemaafannya, disebabkan dia tidak mahu memaafkan, atau jika diceritakan umpatan kepadanya akan membawa mafsadah yang lebih besar, ulama mencadangkan supaya jika kita tahu kebaikannya, kita ceritakan balik kebaikannya kepada orang lain. Mudah-mudahan, kebaikan kita kepadanya dengan cara itu ada manfaat di sisi Allah, dan diharapkan dapat menghapus dosa tersebut.
Wallahu A'lam
http://abuumair1.wordpress.com