SJ-13-0544 : Catatan Amalan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0544 : Catatan Amalan

:salam

bila mana kita membuat dosa pada masa lampau..then kita bertaubat dgn sesungguh hati serta yakin x akan ulangi lagi kesilapan tersebut..

1.adakah Allah akan menghapuskan segala catatan buruk yg pernah tertulis?? dan

2.adakah Allah akan paparkan kembali perbuatan jahil kita pabila di padang masyar nnt??

:wassalam

SJ-13-0544 : Catatan Amalan

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1- Catatan amalan seseorang hamba yang ditulis oleh Malaikat, sentiasa terjaga, tidak akan terhapus dan tidak akan berubah sehingga buku catitan tersebut diserahkan kepada si hamba pada hari kiamat. Jika dia seorang yang bakal berbahagia, diserahkan melalui tangan kanannya. Dan jika dia sebaliknya, akan diserahkan melalui tangan kirinya.

Selepas diserahkan buku catitan amalan kepada setiap hamba, lalu disuruh supaya dia membaca sendiri apa yang tertulis di dalamnya. Maka tidak ada satu amalan pun tertinggal, melainkan semuanya tertulis.

Firman Allah Taala:

æóßõáøó ÅöäúÓóÇäò ÃóáúÒóãúäóÇåõ ØóÇÆöÑóåõ Ýöí ÚõäõÞöåö æóäõÎúÑöÌõ áóåõ íóæúãó ÇáúÞöíóÇãóÉö ßöÊóÇÈÇð íóáúÞóÇåõ ãóäúÔõæÑÇð ÇÞúÑóÃú ßöÊóÇÈóßó ßóÝóì ÈöäóÝúÓößó Çáúíóæúãó Úóáóíúßó ÍóÓöíÈÇð

Maksudnya: Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya). (Lalu Kami perintahkan kepadanya): Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan). (Al-Isra: 13-14)

Kata Syeikh Utsaimin, "Maka pada hari kiamat, diserahkan buku catitan ini kepada kamu dalam keadaan terbuka, tidak tertutup. Kamu membacanya, dan jelas ternyata pada hari sekian sekian ditempat sekian sekian kamu melakukan amalan sekian sekian. Ia sentiasa terjaga dan tidak berubah".

Cuma terdapat satu hadis yang menunjukkan Malaikat disebelah kiri menangguhkan seketika catitan amalan jahat, dan jika dia bertaubat dalam tempoh itu, maka ia tidak ditulis.

Dari Abu Umamah, Nabi bersabda:

Åä ÕÇÍÈ ÇáÔãÇá áíÑÝÚ ÇáÞáã ÓÊ ÓÇÚÇÊ Úä ÇáÚÈÏ ÇáãÓáã ÇáãÎØÆ Ãæ ÇáãÓíÁ ÝÅä äÏã æÇÓÊÛÝÑ Çááå ãäåÇ æÃáÞÇåÇ æÅáÇ ßÊÈÊ æÇÍÏÉ

Maksudnya: Sesungguhnya Pencatit di sebelah kiri mengangkat pena selama 6 masa daripada seorang muslim yang bersalah, atau muslim yang berbuat jahat. Apabila dia menyesal dan beristighfar kepada Allah, dan mencampakkannya, (maka tidak ditulis). Jika tidak, dia akan menulis sebagai satu kesalahan.
Direkod dalam Mukjam Kabir Tabarani (no: 7765). Dan dinilai sahih oleh Albani dalam Sahih al-Jamik 2/212.

2- Setiap perbuatan yang tercatit dalam buku amalan seseorang akan dipaparkan kepadanya, dan dia sendiri akan membacanya. Sebagaimana dijelaskan dalam ayat Quran di atas.

Wallahu A'lam.