SJ-13-0572 : Duit Riba dan Aurat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0572 : Duit Riba dan Aurat

Assalamualaikum,
saya ada 2 soalan nak tanya
1) boleh tak duit riba diberi pada anak-anak yatim?
2) apa hukum menutup aurat ketika mengaji al-Quran. Wajib atau sekadar adab?

albaruhiyy (not verified)
Re: Duit Riba dan Aurat

:salam

ِالحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله وعلى آله وصحبه ومن والاه وبعد :

1) Pertama anda perlu bertaubat daripada dosa riba. Firman Allah Taala [al-Baqarah 278=279]

Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan Yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Antara cara untuk bertaubat, duit hasil riba hendaklah diserahkan kepada keperluan umum orang Islam. Namun sekiranya anak yatim tergolong dikalangan fakir miskin seperti yang anda sebutkan,maka harus diberikan kepada mereka di sisi setengah ulama. Namun ia tidak boleh dijadikan hujah untuk and terus menerus bertransaksi dengan riba.

2) Tidak disyaratkan untuk sesiapa yang membaca al-Quran menutup aurat. Ini kerana tiada dalil yang memerintah hal tersebut. Namun sekiranya seseorang menutup aurat ketika membaca al-Quran, maka ia merupakan satu amalan mulia dan satu cara beradab dengan al-Quran. MUdah-mudahan niatnya menghormati al-Quran mendapat pahala.

:aklam