SJ-13-0576 : Menghitamkan rambut

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0576 : Menghitamkan rambut

:salam

Moga dirahmati Allah...

Ketika ini terlalu banyak jenama dipasaran untuk mewarnakan rambut dari pelbagai jenis warna dan ada produk mempunyai logo halal dan sebaliknya...

Kemusykilannya...ada sejenis produk yg dihasilkan dari buah mengkudu yg mampu menghitamkan rambut...yg beruban jd hitam dan yg hitam bertambah sinarnya..sila rujuk link tersebut.. http://www.facebook.com/photo.php?pid=30612406&id=1294929009&fbid=1240478454149#!/photo.php?pid=30534735&id=1294929009&fbid=1203872979035

Boleh atau tidak seseorang muslim menggunakan produk tersebut atau adakah hadis larangan nabi saw mengenai mewarnakan rambut kepada warna hitam walaupun dari bahan ianya dari jenis tumbuh2an?

Re: Menghitamkan rambut

:salam

Sebenarnya hukum mewarnakan rambut adalah harus, sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian sahabat seperti Abu Bakar As-Siddiq , Umar Al-Khattab dan sebagainya.Walaupun begitu ianya mestilah berdasarkan kepada beberapa syarat :

1. Menggunakan apa sahaja jenis bahan samada daun inai atau daun katam yang terdapat di Negara Yaman , sebagaimana dalil dari hadis imam Tirmizi rhm :

إِنَّ أَحْسَنَ مَا غَيَّرْتُمْ بِهِ الشَّيْبَ الْحِنَّاءُ وَالْكَتَمُ

“Sesungguhnya , sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarnakan uban ialah pohon inai dan katam” (HR Imam Tirmizi : 4991)

2. Menggunakan warna hitam dibolehkan sekiranya umur belum sampai pada umur tua yang mana menjadi suatu kebiasaan pada umur tersebut untuk rambut beruban.Ini membawa maksud , sekiranya ketika berumur muda tetapi rambut dipenuhi dengan uban , maka pada ketika itu dibolehkan untuk menggunakan warna hitam.

Walaupun begitu , penggunaan warna hitam ketika mewarnakan rambut adalah merupakan isu yang diperselisihkan oleh para ulama dan Sahabat Rasulullah saws..Ada yang membenarkannya seperti Sa’ad bin Abu Waqqas , Uqbah bin Amir , al_Hassan ,Jarir dan lain-lain dan ada juga yang melarangnya.

Berdasarkan gambar iklan pewarna rambut sebagaimana yang diberikan link diatas , maka ianya jelas tidak dibolehkan kerana ia bertujuan menjadikan seseorang yang telah tua dengan rambut beruban untuk tampil lebih muda dengan rambut yang diwarnakan hitam…AllahuA’alam.

Sekian WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com