SJ-14-0048 : Muhammad, Zulkifli dan Buddha?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0048 : Muhammad, Zulkifli dan Buddha?

:salam :8:
Saya ada baca komentar terjemahan Al-Quran berbunyi begini;

AQ 21:85....and Idris and Dhu al-Kifl (i.e. Dweller of Kapil Vastu, or the Buddha, 38:48); all (of them) were the patient ones (and came out victorious in the trials).

AQ 38:48 And make mention of Isma'il and Al-Yasa'a and Dhu al-Kifl (- the Dweller of Kapil Vastu, the Buddha, 21:85-86; 95:1); for everybody were among the best (people).

AQ 95:1 Consider the Fig (- the famous tree under which Gautama, the founder of Buddhism, received his Buddhahood; and who prophesied about you, O Muhammad! as Ajita i.e. the Unconquerable, 9:33; 48:48; 61:9; and as Maitriya Buddha, i.e. the Merciful Prophet, 21: 107),...

AQ 21:107 We not sent you (O Muhammad!) but as a mercy (or the Maitriya Buddha, not only for a particular country or community, but) for all the worlds…

Pada pendapat saya yg kurang ilmu ini, terjemahan dan komentar Qur-an ini agak ganjil kerana memasukkan unsur2 Buddha yang seperti disamakan dengan status para Nabi & Rasul utusan Allah dan merupakan kalangan orang2 yg terbaik sepertimana yg diterjemahkan pada ayat AQ 38:48 di atas....

Adakah terjemahan & komentar ayat2 Al-Quran sebegini sebaik & selayaknya dibakar sahaja ataupun pendapat penulis komentar ini ada asasnya?

Rujukan;

Hoque, Zohurul. 2000. The Translation and Commentary on The Holy Qur-an. Holy Qur-an Publishing Project. Centerville, OH.

SJ-14-0048 : Muhammad, Zulkifli dan Buddha?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba memjawab soalan menakbar dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Memang agak keliru juga apabila dikaitkan ajaran Buddha dengan para anbiya' yang menyebarkan ajaran 'Agama Allah' yang suci ini. Terdapat juga mereka yang cuba mengaitkan bahawa ada kemungkinan Buddha merupakan seorang Nabi? Cuma persoalannya, apakah boleh kita mengiktiraf seseorang itu sebagai Nabi semata atas dasar dia seorang yang baik, dan ajaran yang dibawa itu baik?

Beberapa persoalan yang meragui dakwaan diatas :-

a. Kemungkinan wujudnya pengaruh agama Bahai didalam penulisannya. Agama atau fahaman Baabism and Baha’ism merupakan kumpulan yang berasal dari salah satu pecahan Mazhab Syiah yang bergelar Shaykhiyyah dimana mereka mengiktiraf Gautama Buddha, Konfusius, Brahman dan lain2 sebagai NABI. (Penulisnya Dr Hoque berasal dari Assam, India, bekas Pengarah Kesihatan Assam, lahir tahun 1926).

b. Kemungkinan terpengaruh dengan beberapa teori2 penulis India yang lain seperti Maulana Abdul Kalam Asad yang mengatakan bahawa Siddharta Gautama adalah Nabi Zulkifli sebagaimana dia mendakwa wujud didalam surah 21 dan 38. Walaubagaimanapun, Azad tidak memberikan fakta-fakta sejarah yang jelas berkenaan dengan dakwaan ini. Pada Abad ke 11, terdapat pula ahli sejarah India, al-Biruni mengatakan bahawa Buddha adalah seorang Nabi. Kesemua dakwaan2 ini tidak ada dalil sama sekali.

c. Kriteria seorang Nabi adalah mereka membawa Kalimah Tauhid "La ila ha illaLLAH" semenjak Nabi Adam lagi. Firman Allah swt :-

æóãóÇ ÃóÑúÓóáúäóÇ ãöäú ÞóÈúáößó ãöäú ÑóÓõæáò ÅöáøóÇ äõæÍöí Åöáóíúåö Ãóäøóåõ áóÇ Åöáóåó ÅöáøóÇ ÃóäóÇ ÝóÇÚúÈõÏõæäö
dir="ltr">"Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, oleh itu beribadatlah kamu kepadaKu. " [surah al-Anbiyaa' : 25]

Apakah terdapatnya bukti yang mengatakan Gautama Buddha pernah menyampaikan kalimah TAUHID tersebut? Setakat ini, belum ada bukti lagi. Tidak ada sebarang Nas atau dalil yang didatangkan oleh Nabi :saw yang menjelaskan identiti Buddha.

d. Terjemahan al-Quran diatas amat berbeza sekali dengan terjemahan dan tafsiran ulama' sebagaimana yang terdapat didalam Kitab Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Qurthubi, Tafsir Tabari, Tafsir Jalalain malah ternasuklah tafsir moden seperti Tafsir Munir (Wahbah Zuhaily). Tidak seorangpun dari mereka mengaitkan tafsiran ayat-ayat diatas dengan Gautama Buddha.

Sekian, wassalam

خيرالأمين