:salam
Merujuk kepada SJ-2194, terdapat kenyataan spt berikut:-
Antara hadis-hadis yg ada kecacatan ialah:
#1: HR Bukhari dari Abu Malik ra," Akan ada segolongan dari umatku yg akan menghalalkan zina, sutera, arak dan alat muzik."
status Hadis: walaupun ia sahih Bukhari, tapi ia mudhtarib (bersimpang siur rawinya) dan mu'allaq (sanadnya terputus).
i) Apakah sbnrnya 'rawi yg bersimpang-siur' itu?
ii) Jika ia sebegitu cacat (mudhtarib & mu'allaq), bgmn pula boleh dimasukkan ke dlm 'Sahih Bukhari'?? ::?:
jkk
secara ringkas saya cuba menjawab...
pertama, di dalam Sahih al-Bukhari ada hadith2 yg dianggap sebagai 'usul' iaitu utama. hadith2 inilah yang dimaksudkan oleh al-Bukhari sebagai hadith yang beliau nilai sebagai sahih.
terdapat pula hadith2 penyokong yg tidak setaraf kesahihannya atau kekuatannya dgn hadith2 usul tadi. ini yg kadangkala disebut sebagai mu'allaq dan sebagainya.
maka jika ada orang mengkritik hadith itu, ia bukanlah bermaksud mengkritik hadith sahih Bukhari secara umum.
kedua,
hadith yang disebutkan itu (akan ada segolongan dr umatku..) sebenarnya tidaklah disepakati dhaif. masih ramai lagi ulama yg mempertahankannya dan menilai ia sebagai sahih. saya secara peribadi berpuas hati dgn pendapat menilainya sebagai sahih.
ketiga,
tentang mudhtarib, boleh rujuk dalam buku2 mustolah al-Hadith. tapi secara ringkasnya, ia adalah hadith yang diriwayatkan dengan pelbagai bentuk oleh seorang periwayat dan ia menandakan bahawa periwayat itu tidak benar2 menghafaz hadith tersebut dan melakukan kesilapan. mudhtarib adalah salah satu sbb yg menjadikan sesuatu hadith itu dhaif.
tentang cacat tadi, saya dah jawab kat atas. wallahu a'lam.