:salam
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "barang siapa yg mengerat kukunya pada: hari sabtu nescaya keluar dari dlm tubuhnya ubta dan masuk kepadanya penyakit.hari ahad nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.....hari jumaat keluar doss-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk rahmat ALLAH.."
saya nak bertnya ttg status hadis ini??dan adakah sunnah yang sabit jika kita memotong kuku pada hari jumaat akan mendapat rahmat??
:wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah,
Tidak ada hadith sahih yang menceritakan mengenai kelebihan dan kesialan memotong kuku pada malam-malan tertentu. Kenyataan diatas itu tidak boleh ditsabitkan dengan Nabi :saw. Begitu juga terdapat hadith yang bertaraf Dhaif Jiddan yang mengarahkan agar kuku-kuku tersebut ditanam.
Memotong kuku ini termasuk didalam sunan al-fitrah, atau pun perkara biasa yang mesti dilakukan oleh seseorang muslim. Anas meriwayatkan bahawa :
Hadith sahih ini menjelaskan tempoh maxima seseorang untuk memotong kuku adalah tidak lebih dari 40 hari.
Secara khususnya, memang tidak ada hadith khas berkenaan dengan memotong kuku pada hari Jumaat. Secara umumnya, amalan memotong kuku ini termasuklah amalan membersihkan diri bagi persediaan solat Jumaat. Umat Islam dituntut agar membersihkan diri pada hari Jumaat sebelum menunaikan solat Jumaat. Sabda Nabi :saw :-
al-Hafiz Ibn Hajar rh menyatakan "bahawa apa yang kami paparkan semuanya menandakan bahawa dikifaratkan dosa dari satu Jumaat ke Jumaat yang akan datang adalah tertaluk kepada kondisi2 seperti Mandi, membersih diri seseorang, memakai minyak wangi, memakai baju yang terbaik, berjalan secara tenang dan terhormat, tidak melangkah orang lain, tidak menolak diantara 2 orang, tidak menyakitkan hati orang lain, bersolat sunat, tekun mendengar (khutbah) dab mengelak dari cakap-cakap kosong"
Demikianlah kalau dilihat memotong kuku pada hari Jumaat didalam konteks pembersihan diri yang menjadi amalan orang Islam sebelum menghadirkan diri ke solat Jumaat. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين