:salam
Sumber: http://www.darulkautsar.com/penghadis/puasa/puasa.htm
Az-Zahabi menyebutkan dalam Al-Mizan dari riwayat Hisyam bin ' Ammar dari jalan Sallam bin Sawwar dari Maslamah bin Ash-Shalti dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :Ertinya: Awal bulan Ramadhan adalah rahmat , pertengahannya keampunan dan akhirnya ialah pembebasan dari Neraka
Hadith ini adalah MunkarKata Az-Zahabi : Ibnu 'Adiy berkata : Sallam ini munkar Hadithnya , demikian pula kata Al-'Uqaili . Salah satunya ialah hadith ini . ( * )
Hadis ini diriwayatkan juga oleh Ibnu Abi Ad-Dunya, Al-Khatib dan Ibn 'Asakir. Kata Al-Albani: Hadisnya sangat dhaif.
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 500
Adakah benar? Terlalu banyak diulang-ulang oleh para penceramah di mana-mana. Kalau betul munkar/sangat doif, mungkin Pengarah JAKIM boleh buat teguran sekali lagi, seperti tegurannya terhadap hadith fadhilat solat Teraweh.
:aklam
:wassalam
al-Jawab:
Ia adalah benar. Ini kerana tahqiqan (penelitian) Darul Kautsar ditashih oleh Maulana Asri Yusof, seorang muhaddith yg terpecaya dan amanah dgn ilmunya.
Hadith ini tidak sefatal hadith Fadilat malam-malam tarawih. Ini kerana Ramadhan itu memang mengandungi apa yg disenaraikan, rahmat, keampunan dan pembebasan dari Neraka. Cuma sesiapa yg menyampaikan hendaklah menyebut dgn jelas status hadith ini.
Wbmnp kita akan menyarankan tuan Presiden AAN agar memanjangkan hadith ini kepada JAKIM untuk diwartakan.