SJ-14-0147 :mmg taka boleh la kita guna abu al-qasim atau...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0147 :mmg taka boleh la kita guna abu al-qasim atau...

:salam

ÊóÓóãøóæúÇ ÈöÇÓúãöí æóáóÇ ÊóßóäøóæúÇ ÈößõäúíóÊöí ÝóÅöäøöí ÃóäóÇ ÃóÈõæ ÇáúÞóÇÓöãö ÃóÞúÓöãõ Èóíúäóßõãú

"Berilah nama dengan namaku, tetapi janganlah menggelar dengan gelaranku (kun-yahku) kerana akulah Abu al-Qasim, aku membahagikan di antara kamu". (H.R Muslim)

kalu abu qasim adakah sama maknanya??? bleh ke digunakan??

SJ-14-0147 :mmg taka boleh la kita guna abu al-qasim atau...

Bismillah,
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Sabab wurud hadith ini seperti yang diriwayatkan daripada Anas r.a katanya:

äóÇÏóì ÑóÌõáñ ÑóÌõáðÇ ÈöÇáúÈóÞöíÚö íóÇ ÃóÈóÇ ÇáúÞóÇÓöãö ÝóÇáúÊóÝóÊó Åöáóíúåö ÑóÓõæáõ Çááøóåö ÝóÞóÇáó íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Åöäøöí áóãú ÃóÚúäößó ÅöäøóãóÇ ÏóÚóæúÊõ ÝõáóÇäðÇ ÝóÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÊóÓóãøóæúÇ ÈöÇÓúãöí æóáóÇ ÊóßóäøóæúÇ ÈößõäúíóÊöí

"Seorang lelaki memanggil temannya di Baqie': Wahai Abu al-Qasim! Lalu Rasulullah s.a.w berpaling ke arah orang yang memanggil itu. Orang itu terburu-buru berkata: Wahai Rasulullah! Aku tidak bermaksud memanggilmu. Tetapi aku memanggil si anu. Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu boleh menggunakan nama dengan namaku, tetapi jangan menggunakan gelaran dengan gelaranku (kun-yahku) " (H.R Bukhari & Muslim)

Ulama telah berselisih pendapat dalam masalah hadith ini:

1. Mazhab Syafie dan Mazhab Zahiri: Tidak boleh menggunakan kun-yah Abu Qasim berdasarkan zahir hadith ini.

2. Jumhur Ulama Salaf dan Mazhab Maliki: Boleh menggunakan kun-yah Abu Qasim, larangan hadith ini telah dimansukhkan. Ramai orang islam menggunakan kun-yah Abu Qasim sejak dari zaman salaf sehingga sekarang tanpa ada siapa yang mengingkari perbuatan itu.

3. Mazhab Ibn Jarir: Larangan itu tidak mansukh dan tidak bermaksud haram, tetapi maksudnya hanya makruh menggunakan kun-yah Abu Qasim.

4. Sebahagian Salaf: Larangan kun-yah itu hanya khas kepada orang yang bernama Muhammad atau Ahmad.

5. Sebahagian Orang Ansar: Tidak boleh menggunakan kun-yah Abu Qasim dan tidak boleh menamakan anak dengan nama Qasim, supaya tidak diberi kun-yah Abu Qasim.

6. Saidina Umar r.a: Tidak boleh memberikan nama seseorang dengan nama Muhammad. Kerana mungkin akan mencemarkan nama Nabi SAW dengan sebab persamaan nama itu, contohnya jika orang itu dan namanya dimaki. Larangan Umar lebih kepada memuliakan nama Nabi SAW.

Jika ikut Mazhab Syafie, penggunaan kun-yah Abu Qasim tidak dibenarkan. Dan jika ikut Jumhur Ulama Salaf penggunaan kun-yah Abu Qasim adalah dibenarkan.

Abu al-Qasim atau Abu Qasim maknanya lebih kurang sama. Tapi sebutan Abu al-Qasim adalah yang lebih tepat.

Wallahu a3lam

Rujukan:
- Syarh Sahih Muslim oleh Imam Nawawi