Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawabnya dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Dari segi istilah tabut (ÊóÇÈõæÊ ) bermaksud sunduq; kotak, peti, keranda etc. Ada juga kamus Mesir yang mendefinasikan Tabut sebagai "Kayu penanda kubur". Istilah Tabut terdapat didalam surah al-Baqarah ayat 248 :-
dir="ltr">"Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman."
Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili ha. menjelaskan bahawa Tabut adalah sunduq atau kotak yang terpelihara didalamnya Kitab Taurat, dan diriwayatkan bahawa kotak tersebut diperbuat dari kayu yang bersalut emas. al-'Amalqa telah mengambilnya, dan kemudian dikembalikan kepada Bani Israel. Kemudian orang Palestin telah mengambilnya dan akhirnya disampaikan kepada Talut [Tafsir al-Munir, 1/800].
Didalam kitab tafsir fi Zilal al-Quran menjelaskan bahawa malaikat telah membawa kotak berisi Kitab Taurat kepada Talut. Peti tersebut adalah peninggalan dari keluarga Nabi Musa as. dan Nabi Harun as.dimana pihak musuh telah mengambil peti tersebut setelah Nabi Musa as. wafat. [Sayed Qutb, ms 268].
Ada juga kisah Israiliyyat didalam kitab-kitab tafsir yang mengkisahkan bahawa Tabut itu mengandungi Nama dan Gambar Nabi-Nabi semenjak Nabi Adam as. ke Nabi Musa as.
Kesimpulannya, Tabut didalam surah al-Baqarah:248 membawa maksud peti yang didalamnya terkandung kitab Taurat. WA.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawabnya dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Dari segi istilah tabut (ÊóÇÈõæÊ ) bermaksud sunduq; kotak, peti, keranda etc. Ada juga kamus Mesir yang mendefinasikan Tabut sebagai "Kayu penanda kubur". Istilah Tabut terdapat didalam surah al-Baqarah ayat 248 :-
Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili ha. menjelaskan bahawa Tabut adalah sunduq atau kotak yang terpelihara didalamnya Kitab Taurat, dan diriwayatkan bahawa kotak tersebut diperbuat dari kayu yang bersalut emas. al-'Amalqa telah mengambilnya, dan kemudian dikembalikan kepada Bani Israel. Kemudian orang Palestin telah mengambilnya dan akhirnya disampaikan kepada Talut [Tafsir al-Munir, 1/800].
Didalam kitab tafsir fi Zilal al-Quran menjelaskan bahawa malaikat telah membawa kotak berisi Kitab Taurat kepada Talut. Peti tersebut adalah peninggalan dari keluarga Nabi Musa as. dan Nabi Harun as.dimana pihak musuh telah mengambil peti tersebut setelah Nabi Musa as. wafat. [Sayed Qutb, ms 268].
Ada juga kisah Israiliyyat didalam kitab-kitab tafsir yang mengkisahkan bahawa Tabut itu mengandungi Nama dan Gambar Nabi-Nabi semenjak Nabi Adam as. ke Nabi Musa as.
Kesimpulannya, Tabut didalam surah al-Baqarah:248 membawa maksud peti yang didalamnya terkandung kitab Taurat. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين