SJ-15-0023 : lagi penjelasan ikhlas diperlukan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0023 : lagi penjelasan ikhlas diperlukan

:salam

sila ke link ini.>>

http://www.salafimalaysia.com/ikhwan_muslimin.htm

http://www.salafimalaysia.com/tabligh.htm

adakah mereka diatas jalan kebenaran??

siapakah mereka sebenarnya?? :eeeek:

sila jelaskan dgn sebaik mungkin..
sekian..

terima kasih ...

SJ-15-0023 : lagi penjelasan ikhlas diperlukan

al-hamdulillah...

Al-Jawab :

Penjelasan Ikhlas dari kami :

Apa yang pasti ialah kami tidak mahu terlibat dengan sebarang pertikaian antara satu laman web dengan satu laman web lain (perang siber) disebabkan artikel-artikel yang dikeluarkan oleh mereka…Bagi kami , pertikaman lidah sebegitu adalah satu perkara yang amat merugikan umat Islam itu sendiri…Tambahan pula dalam salah satu Laman web yang saudara link kan itu ada mengandungi kenyataan-kenyataan yang berunsur fitnah dan kata-kata keji dengan mengatakan sesat , syirik , menyeleweng dan sebagainya terhadap tokoh-tokoh ulama serta gerakan-gerakan Islam yang telah banyak berjasa dalam dunia Islam itu sendiri.

Sesungguhnya , pertikaian dan permusuhan serta sikap yang suka menyalah dan menyesatkan tokoh-tokoh Islam ini tidak akan berkesudahan , malah akan menjadi lebih teruk dan mengundang bahaya kepada Islam dan umatnya bilamana kami atau sesiapa sahaja turut serta dalam pertikaian tersebut dengan memberikan respon samada menyokong atau menolak terhadap sesuatu artikel yang bersifat seperti dalam link tersebut.

Maka dengan sebab itulah , bagi kami , biarlah pertikaian dan pertelingkahan tersebut diselesaikan oleh mereka-mereka yang terlibat sahaja , kerana memang menjadi tuntutan kepada golongan yang difitnah atau dikeji mempertahankan haknya..Cukuplah Allah dan Rasul menjadi pengukur terhadap segala kekalutan dan pertikaian yang timbul seperti mana firman Allah swt dalam surah An-Nisa ayat 59 :

ÝóÅöä ÊóäóÇÒóÚúÊõãú Ýöí ÔóíúÁò ÝóÑõÏøõæåõ Åöáóì Çááøåö æóÇáÑøóÓõæáö Åöä ßõäÊõãú ÊõÄúãöäõæäó ÈöÇááøåö æóÇáúíóæúãö ÇáÂÎöÑö Ðóáößó ÎóíúÑñ æóÃóÍúÓóäõ ÊóÃúæöíáÇð

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.

Apa yang penting , dalam kita membuat pertimbangan dan penilaian terhadap sesuatu perkara , hendaklah kita sentiasa mengamalkan keserhanaan dan mengambil jalan yang paling selamat agar kesucian Islam itu tidak tercemar dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya apatah lagi jika ianya melibatkan ukhuwwah sesama Islam.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com