sayer ader beberapa soalan tentang nazar yg tak beraper clear lagi.
1. jika seseorang bernazar tidak mahu buat sebarang dosa adakah sah? sebab manusia tidak terlepas dari buat dosa.
2. jika seseorang berkata: " aku takkan buat / aku akan puasa" dengan niat nazar adakah nazar jatuh?
3. Sy tak pasti samada sy bernazar atau pun tidak yg tak nak buat dosa. jika sy membiarkan takut takut jadi fasik sebab dosa langgar nazar.
4. kalu bayar kifarat. adakah boleh berpuasa 3 hari sedangkan seseorang itu mampu untuk bagi makan kepada 10 org miskin.. terima kasih.
5. jika bayar beri mkn kepada 10 org miskin.. adakah boleh menggunakan duit biasiswa JPA sedangkan seseorang itu masih banyak hutang dgn org.
terima kasih.. harap dapat menjawab kemusykilan sy...
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab kekeliruan hafiz85 dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah
Bernazar untuk tidak membuat dosa adalah sah hukumnya. Ini merupakan amalan yang pernah diamalkan oleh golongan salaf bagi tujuan menghukum diri mereka jika mereka melakukan dosa. Golongan salaf pun tidak terlepas dari melakukan dosa, kerana mereka pun bukan maksum. Rujukan jawapan lepas - http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=32907
Nazar yang tidak sah, adalah bernazar untuk melakukan perkara maksiat atau bid'ah atau sesat dsb. Nazar bagi perkara-perkara yang mendekatkan kita dengan Allah adalah sah.
Syiekh Muhammad Salih al-Munajjid, seorang ulama' Saudi terkenal menasihatkan agar menjauhi nazar yang berbentuk ini (iaitu bernazar untuk tidak melakukan dosa). Kata beliau :-
Perkataan 'Aku takkan buat' dan disertai dengan niat nazar, maka sahlah nazarnya. Ini dilakukan didalam keadaan fikiran yang waras.
Jika anda berada dalam keadaan was-was samada telah bernazar untuk tidak membuat dosa atau pun tidak, maka jawapannya adalah nazar tersebut tidak berlaku. Nazar haruslah jelas. Malahan, Syiekh al-Munajjid ketika mengulas samada nazar atau sumpah yang dilakukan oleh orang yang was-was sah atau tidak, beliau memetik komentar Ibn Utsaimin :"Jika seseorang yang mengalami was-was, talak/cerainya tidak dikira jika dia mengucapkan talak"[Fataawa Islamiyyah 3/277]. Maksud beliau, dalam hal cerai pun talak orang yang ketika itu was-was tidak diterima, inikan pula nazar.
Jika kenyataan tersebut tidak dapat menghilangkan kerisauan anda, Syiekh Ibn Baaz rh. mengatakan :-
Pendik cerita, batalkan nazar tersebut dengan melakukan kafarah.
Tidak boleh, jika dia mampu memberi makan atau pakaian kepada 10 fakir miskin. Menurut Fatwa al-Lajnah al-Daaimah :-
Anggaran yang dibuat oleh Syeikh Ibn Baaz rh : setiap seorang yang miskin boleh diberikan lebih kurang 1.5 kg makanan ruji penduduk tempatan (eg: beras yang sama standard yang dia makan, lebih kurang 1.5 * 10 orang = 15kg). Mengenai pakaian pula, memadai pakaian untuk menunaikan solat; pakaian atas dan bawah (eg : baju dan kain pelekat). Syiekh mengatakan jika seseorang itu memberi mereka sarapan pagi atau malam, ia sudah mencukupi, bersesuaian dengan umum maksud firman Allah tersebut. [Majmu' Fataawa Syeikh Ibn Baazx, 23/145].
Anda boleh menggunakan duit biasiswa, asalkan sumbernya halal. Jika disebabkan dengan memberi makanan atau pakaian kepada 10 orang miskin ini menyebabkan anda tidak mampu membayar hutang yang lain, maka lakukan puasa 3 hari. Kerana keadaan inilah Islam memberi alternatif kepada umatnya agar ia tidak menyusahkan.
Sedikit nasihat, elaklah dari bernazar, kerana Nabi :saw tidak menggalakkannya. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين