SJ-16-0007 : soalan tambahan (nazar)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-16-0007 : soalan tambahan (nazar)

bernazar tidak membuat sebarang dosa, adakah nazar tersebut terhapus apabila seseorang membuat dosa yakni melanggar nazar tersebut ataupun nazar tersebut tetap berterusan dan seseorang dianggap membuat dosa besar tiap2 hari..?

SJ-16-0007 : soalan tambahan (nazar)

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan hafiz85 sekadar mana yang mampu, Insya-Allah.

Nazar anda (Aku bernazar tidak akan melakukan dosa) adalah nazar bersyarat/al-Mu'alaq (ÇáäÐÑ ÇáãÚáÞ), iaitu nazar yang di sangkutkan diatas sesuatu. Contohnya : Jika saya lulus peperiksaan, saya akan puasa 2 hari. Nazar tadi di sangkutkan dengan 'lulus peperiksaan'.

Jika kondisinya terjadi, maka anda hendaklah menunaikan apa yang di janjikan; iaitu membayar kifarah. Jika anda tidak memperbaharui nazar tersebut, maka tiadalah wujud nazar tersebut lagi. Lainlah kalau NIAT anda adalah 'tidak akan melakukan dosa selama-lamanya', maka berpanjanganlah nazar tersebut. Jika itu niat anda, maka eloklah dibatalkan sahaja nazar tersebut!

Disebabkan ulama' juga tidak menggalakkan melakukan nazar yang sedemikian, maka sebelum apa-apa berlaku, eloklah membatalkan sahaja nazar tersebut dengan Kafaarat Yameen / kifarat sebagaimana yang telah dijelaskan didalam thread yang lalu.

Sekian, wassalam

خيرالأمين