:salam
kalau hukum berzina disebat sebanyak 100 kali,
jadi bagaimana pula mereka yang telah terlanjur....
maksud sy dlm konteks perlaksanaam undang2 syariah di malaysia...,
sekiranya terlepas drpd hukuman dan penzina tersebut mahu kembali
ke pangkal jalan apa yang patut dia lakukan....???
mohon pencerahan drpd panel....shukran jazilan.. :wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-16-0010 : berzina....
Primary tabs
Sun, 01/06/2008 - 10:29pm
#1
SJ-16-0010 : berzina....
Bismillahi wal hamdulillah ,
Al-Jawab :
Hukuman bagi setiap kesalahan jenayah termasuk kesalahan zina mengikut peruntukan undang-undang syariah di Malaysia adalah tertakluk dibawah peruntukan undang-undang seperti berikut :
“Hukuman maksimum yang diperuntukan Enakmen tidak melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) atau penjara bagi tempoh yang tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali”
Berdasarkan kepada keadaan semasa di Malaysia yang tidak menggunapakai peruntukan undang-undang Islam sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran dan Al-Sunnah Rasulullah saw , maka dalam keadaan sebegini , segalanya terserah kepada Allah swt untuk menentukannya..
Apa yang perlu dilakukan ialah hendaklah segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.
Firman Allah swt dalam surah Al-Furqan ayat 68 , 69 dan 70 :
æóÇáøóÐöíäó áóÇ íóÏúÚõæäó ãóÚó Çááøóåö ÅöáóåðÇ ÂÎóÑó æóáóÇ íóÞúÊõáõæäó ÇáäøóÝúÓó ÇáøóÊöí ÍóÑøóãó Çááøóåõ ÅöáøóÇ ÈöÇáúÍóÞøö æóáóÇ íóÒúäõæäó æóãóä íóÝúÚóáú Ðóáößó íóáúÞó ÃóËóÇãðÇ íõÖóÇÚóÝú áóåõ ÇáúÚóÐóÇÈõ íóæúãó ÇáúÞöíóÇãóÉö æóíóÎúáõÏú Ýöíåö ãõåóÇäðÇ ÅöáÇ ãóä ÊóÇÈó æóÂãóäó æóÚóãöáó ÚóãóáðÇ ÕóÇáöÍðÇ ÝóÃõæúáóÆößó íõÈóÏøöáõ Çááøóåõ ÓóíøöÆóÇÊöåöãú ÍóÓóäóÇÊò æóßóÇäó Çááøóåõ ÛóÝõæÑðÇ ÑøóÍöíãðÇ
"Dan orang-orang yang tidak menyembah ilah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com