Assalamu'alaikum
Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. (QS. 2:185)
Dari ayat diatas - kalau seseorang itu tidak tahu tentang sesuatu hukum/hakam yang lebih luas dan beribadah mengikut yang dia tahu (sempit), adakah ada kemudahan baginya ?
contoh:-
Bagaimana dengan orang yang tidak mengetahui syarat2 sah wuduk kemudian sekian lama, mengetahuinya, bagaimana solat2 nya, kena qadoke ?
1- Apakah contoh-contoh semasa ?
Jazakallah
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
Berikut adalah jawapan-jawapan bagi setiap soalan saudara, mengikut ilmu pengetahuan saya yang sedikit yang dianugerahi oleh Allah Ta’ala :
*****************************
1 – Soalan yang diajukan itu adalah berdasarkan ayat berikut :
(( ….íõÑöíÏõ Çááøåõ Èößõãõ ÇáúíõÓúÑó æóáÇó íõÑöíÏõ Èößõãõ ÇáúÚõÓúÑó ….))
Ertinya : “ …Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak pula Dia mengkehendaki kesukaran bagimu…” ( Surah Al-Baqarah, Ayat 185 )
Ayat ini juga punyai hubungan yang rapat dengan ayat 78, Surah Al-Haj, sbg mana berikut ini :
((…æóãóÇ ÌóÚóáó Úóáóíúßõãú Ýöí ÇáÏøöíäö ãöäú ÍóÑóÌò …))
Ertinya : “ Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu di dalam agama ini suatu kesempitan “
Daripada kedua-dua ayat ini, selain itu juga Ayat 286, Surah Al-Baqarah, para ulama’ Fiqh telah menyimpulkan satu KAEDAH FIQH yang terkenal (( ÇáãÔÞÉ ÊÌáÈ ÇáÊíÓíÑ )) “ Al-Mashaqqah Tajlibut Taysir , ertinya : Kesukaran itu menyebabkan @ dapat menarik datangnya kemudahan .
********************************
2- Bagaimana bagi orang yang jahil hendak mengetahui akan LUASNYA & MUDAHNYA Islam ini andainya dia sendiri JAHIL (Tidak tahu akan keluasan dan mudahnya ajaran Islam ini ?).
Orang yang tidak biasa @ tidak belajar memandu kereta , sudah tentu bagi dirinya, memandu kereta ini adalah satu kerja yang amat sukar dan memeningkannya !.
Orang yang tidak biasa dengan ragam orang K. Lumpur, dan selok-belok jalan-jalannya, tentulah baginya K. Lumpur ini bukanlah satu tempat yang mudah baginya !.
Di dalam kitab-kitab, sering dinyatakan perkataan “ JAHIL “. Jahil di sini biasanya ditujukan kepada golongan yang baru masuk Islam ataupun golongan yang jauh drp majlis-majlis ilmu agama.
Bagi orang yang rumahnya dekat dengan majlis-majlis ilmu, apatah lagi dekat pula dengan masjid ataupun surau, TIDAK BOLEH digelar sebagai JAHIL tetapi ialah MUTAJAHIL (orang yang buat-buat bodoh @ orang yang tidak mahu ambil tahu) akan hal-hal agama.
Apatahlagi, di zaman kini, era-langit terbuka (‘Asr Samawat Al-Maftuhah), hampir setiap rumah dilengkapi dengan alat pandang-dengar, seperti t.v, radio dan komputer serta kemudahan internet. Jadi, untuk mendakwa diri sebagai JAHIL sehingga bab-bab yang fardhu ‘ain di dalam agama pun pun tidak diketahuinya, merupakan satu alasan yang sudah tidak relevan lagi, melainkan ianya hanyalah sebagai SATU HELAH untuk tidak mahu mempelajari agama Allah Ta’ala ini.
Merujuk soalan saudara : “ Bagaimana dengan orang yang tidak mengetahui syarat2 sah wuduk kemudian sekian lama, mengetahuinya, bagaimana solat2 nya, kena qado ke ? ”.
Jawapannya : Tidak perlu diqadho’ . Kerana tidak mengetahui syarat=syarat sah wudhuk itu sendiri bukanlah merupakan salah-satu syarat-syarat sah bagi sesuatu wudhuk itu. Samalah seperti orang yang tidak mengetahui syarat-syarat sah tawaf (mengelilingi Ka’abah), maka selagi ianya tidak melakukan apa-apa yang boleh merosakkan tawafnya itu, maka tawafnya itu tetap sah.
Mengetahui syarat-syarat sah wudhuk tadi, merupakan FARDHU ‘AIN ke atas setiap muslim. Tidak mengetahuinya tidaklah membatalkannya, Cuma ianya mengundang dosa yang besar kerana mengabaikan pengetahuan yang dituntut oleh Islam.
************************************
3- Contoh semasa bagi topik ini :
Seperti BERMUSAFIR, bagi orang yang bermusafir, dibenarkan melakukan JAMAK (Mengumpulkan di antara 2 solat yang berlainan waktu) dan QASAR (memendekkan rakaatnya-bagi solat yang asalnya 4 rakaat sahaja).
Contoh yang lain :
SAKIT : Sakit boleh menyebabkan seseorang itu dibenarkan berbuka puasa, bertayammum dan solat sambil secara duduk.
***********************
Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :
1- MUKHTASAR AL-QAWA’ID AL-FIQHIYAH : (ms 17)
Oleh : Mohd Daud Ali ( Akademi Islam, Nilam Puri ).
2- PENGENALAN SYARIAH ISLAMIYYAH : (ms 32)
Oleh : Almarhum ‘Allamah Dr. Abdullah Nasih ‘Ulwan
Terbitan Pustaka Salam
Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå