Assalamu'alaikum wbt. Ustaz,
i. Bolehkah seseorang yang masih berhutang seperti dengan bank dll pergi mengerjakan umrah?
ii. Bolehkah mengerjakan umrah dengan duit pinjaman?
iii. Seorang perempuan yang baru bercerai, telah memilih untuk pergi mengerjakan Umrah. Adakah dibolehkan perempuan yang masih dalam edah mengerjakan Umrah.
iv. Diminta ustaz menjelaskan tatacara umrah dan kebaikan-kebaikan mengerjakannya.
Terima kasih
Jawab;
i. Harus orang yg berhutang pergi mengerjakan umrah. Tidak ada larangan dalam hal ini terutama jika hutang itu adalah hutang jangkapanjang yg dibayar secara berjadual (potongan gaji misalnya) Fatwa Ben Baz , Saudi
ii. Harus mengerjakan umrah dengan berhutang, sah umrahnya, tapi tidaklah dituntut berbuat demikian, ini kerana jumhur fuqaha' menetapkan Haji dan Umrah hendaklah dengan kemampuan biasa (tanpa perlu berhutang) Fatwa Ben Baz
iii. Perempuan dalam iddah TIDAK dibolehkan mengerjakan umrah kerana urusan perceraian dengan suaminya masih tergantung (pending). Suami masih ada hak ke atas isteri dalam iddah (untuk merujuk semula) dan nafkah isteri iddah itu masih dalam tanggungan suami. pada hakikatnya mereka masih belum officially bercerai. Fiqh Sunnah.
iv. Tatacara Umrah dan fadhailnya.
Kita syorkan memiliki kitab-kitab berikut (sebab kita kesempitan waktu dan ruang untuk menghuraikan suatu bab yg panjang dan teknikal:
1. Pedoman Haji oleh Prof TM Hasbi asSiddiqiey
2. Hujjatun Nabiyy oleh Syaikh Nasiruddin Albani
3. Kesalahan-kesalahan Haji dan Umrah oleh alMandili
4. Mufassal Fiqh Jld 3 oleh Dr Abd Karim Zaydan
5. Fiqh Sunnah oleh Allamah Sayyid Sabiq, Jld 4
Allahu a'alam