Assalamua'laikum
Seseorang mandi hadas menggunakan air yg ditakung pada baldi atau besen besar. Apabila menjirus air ke badan maka akan terpercik sebahagian air yg telah digunakan buat mandi hadas itu ke dalam bekas takungan itu. Adakah air yang masih ada di dalam bekas itu masih di kira air mutlak atau ianya telah menjadi air musta'mal? Bolehkah kita mandi hadas menggunakan air musta'mal?
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-1684: Mandi hadas
Primary tabs
Wed, 24/07/2002 - 6:33pm
#1
SJ-1684: Mandi hadas
Jawab:
Status masalah: khilafiah
Fiqh Syafi'iy, madzhab yg paling keras dalam urusan taharah air dalam takungan yg tidak mencakupi dua kulah yg bercampur dgn air mustakmal, suci tapi tidak membersihkan. Madzhab ini menggunakan hadis Abu Daud yg terdapat satu riwayat bahawa Nabi saw melarang seorang lelaki mandi air lebihan (sisa) dari mandian perempuan (isterinya) atau sebaliknya.
Jumhur dan termasuk ahli tahqeeq (penilai) berpendapat air dalam benjana yg bercampur air mustakmal masih suci. Dalilnya banyak, antaranya: Muslim dari Ibn Abbas ra, bahawa Nabi saw pernah mandi dengan bekas air Maimunah ra."
Juga hadis asyabu sunan yg dinilai sahih oleh Termidzi dan Ibn Khuzaimah; juga HR Abu Daud dari Aisyah ra, "bahawa kami mandi dari satu bekas (bejana) sedang kami dalam keadaan junub"
Para pentahqeeq dalam menghimpunkan (tajammu') dalil2 yg saling bertentangan ini memberatkan kepada boleh menggunakan air yg bercampur dgn air mustakmal . Syawkani , Nailul Awthor, 1/26, Syarah sahih Bukhari oleh alAini, 3/86; Fath alBari, 1/295 Allahu a'alam