SJ-1705:Rampai -Taharah/Wudhu'/Solatsolat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1705:Rampai -Taharah/Wudhu'/Solatsolat

Assalamualaikum,

1. Apabila seseorang itu kentut, ada kalanya keluar wap air bersama angin yg keluar itu sehingga membasahkan seluar dalamnya. Adakah wap air ini dikira najis dan bolehkah pakaian tersebut (seluar dalam) boleh dibawa ke dalam sembahyang?

2. Bagaimana definisi makan atau minum yg boleh membatalkan solat? Adakah air atau makanan yg keluar bersama sendawa dan kemudian ditelan semula membatalkan solat? Adakah rasa air sirap/kopi yg lekat di lidah boleh membatalkan solat? Apakah sisa makanan yg lekat di celah gigi dapat merosakkan solat walaupun tidak ditelan (zat makanan itu tidak ditelan, tetapi rasa dan baunya masih ada dan tidak pasti sama ada ianya larut dalam air liur atau tidak)? Bagaimana pula dengan hingus / kahak yg dihisap dari hidung lalu masuk ke saluran makanan (tekak)? Bagaimana pula jika air mata yg mengalir masuk ke dalam mulut dan dapat dirasa kemasinannya tapi tak pasti sama ada ianya ditelan bersama air liur atau tidak kerana kuantiti yg terlalu sedikit? Adakah rasa ubat gigi dapat merosakkan solat?

Sila berikan penjelasan.

Terima kasih.

Wassalam.

Re: SJ-1705:Rampai -Taharah/Wudhu'/Solatsolat

Jawab:

1. Kentut itu yg dimaksudkan oleh fiqh ialah keluarnya angin dari dubur. Kentut itu dua jenis: fusa (senyap) atau durath (ytg berbunyi). Jika kentut itu jenis berwap dan membasahi seluar atau kain, ia sudah dikira najis dan pakaian itu bernajis. Sebabnya: Jumhur menetapkan najis ada jenis cecair dan pepejal atau yg zahir dan yg tersembunyi. Fiqh Islami
2.
a) Definasi makan minum dalam solat ialah makan minum yg disengajakan dengan sedar dan faham bahawa dia sedang solat.
b) Air atau makanan yg keluar semasa sendawa tidak membatalkan solat jika ditelan kerana ia termasuk umum albalwa (kesukaran yg sulit dihindari)
c) Rasa sirap dan kopi yg terlekat di lidah (sama spt jawapan b)
d) sisa makanan yg terlekat dicelah2 gigi (sama spt jawapan b) (Ruj: Fiqh Islami, Jld 1)
Sebab itu sunah bersugi atau memberus gigi sebelum solat atau sekurang-kurangnya berkumur2.
e) Hingus dan Kahak tidak membatalkan solat. Jumhur: alasannya ia berasal dari badan dan bukanya usus) (Fiqh Islami)
f) air mata. Juga jawapannya spt e
g) Rasa ubat gigi juga tidak membatalkan solat. Alasannya: yg membatalkan solat ialah makan-minum dengan sengaja dan niat untuk makan/minum (Fiqh Islami)