Assalammualaikum... Ustaz!...
Terimakasih atas jawapan pada soalan saya dulu.. maaf kerana saya ingin bertanya lagi perkara yang berkaitan.....
Kalau kita gantunglah apa-apa saja ayat Quran dirumah tujuan untuk hiasan tapi kita tidakpun memahami atau menghafalnya.... apakah hukumnya dan adakah ianya dibolehkan atau tidak.....
kalau kita mengamalkan ayat-ayat Quran dengan tujuan tertentu... ...apakah itu dikira doa atau zikir....kadangkala ada ayat Quran itu dibaca 10kali pagi dan 10 kali petang..apakah setiap 1 ayat mesti didahului dengan Bismillah... semoga mendapat penjelasan dpd ustaz...JAZAKALLAH....
Jawab:
JKHK kerana masih setia bersama Ahkam-Cyber fiqh Anda.
1. Perihal menggantung ayat-ayat alQur'an sebagai semata-mata seni : Tidak ada yg putus mengenainya kerana tidak ada nas yg menegahnya. Apa yg dibahaskan oleh fuqaha' mengenai hukum mempamirkan hasil seni yg lain spt lukisan atau potret (terutama yg melibatkan imej manusia) . Dalam hal yg tidak ada nas (spt mempamirkan hasil seni khat alQur'an), baik menegah atau melarangnya, kita menyerahkan kepada umat Islam memilih untuk dirinya. Cuma yg tidak boleh ialah jika mempercayai jika digantung ayat tertentu akan murah rezki (ayat 1000 Dinar) atau dijauhi dari hantu. (Prof Dr Ahmad Syarbasyi, Yasalunak, suntingan Husin Bahresy, Pustaka al_Ikhlas, Indonesia)
2. AlQur'an boleh saja diamalkan sebagai jampi, sebagai zikir dan sebagai do'a. Dengan syarat kita mengambilnya dari kitab-kitab do'a, zikir dan perubatan yg muktabar. ia juga mesti makthur (diterima dari Nabi saw) atau disahkan oleh ulama' yg ditheqahi, spt Imam Nawawi (alAzkar), Ibn Taymiyah (Kalim Tayyib), Prof TM Hasbi asSiddiqiey, Pedoman Zikir dan Do'a., Risalah alMakthurat susunan Imam almursyid Hasan Albanna dan banyak lagi.
3. Apakah setiap ayat mesti dibaca basmallah.
Tidak, hanya sunnat dibaca untuk memulai surah-surah. Jika membaca ayat-ayat saja, sunat pula membaca ta'awudz (a'udzubiLLah) ( Syarbasyi, Yasalunak) Allahu a'alam