Assalamualaikum,
Terima Kasih atas penjelasan yang mendalam mengenai perkara diatas-SJ1709.
Ada beberapa perkara yang saya inginkan jasa baik pihak tuan untuk penjelasan selanjutnya.
Pertama Komentar dibawah dari Islam Online - Fatwa
"Hudud are the commands of Allah and it is obligatory upon Muslims who are living under the Islamic government to establish the hudud. However, the hudud's are implemented by the ruling authority, not by individuals. It is the duty of Muslims to see that the ruling authority in their states, are God-fearing people who establish the laws of Allah (SWT) in all aspects. It is important to remember that before the hudud, we have to establish the huquq that is the rights of the people. Islam implements certain rights: the right of life, property, freedom, justice, etc. These rights must be established before we talk about punishing people who violate the rules of Allah. "
Pendapat saya prinsip mengadakan huquq sebelum hudud ini amat sesuai dan menepati syariat dalam konteks menuju ke negara bersyariatkan Islam. Maksud saya sudah tiba masanya diadakan fundamental secara praktikal dalam unsur syariat dalam semua hal untuk komuniti umat Islam beransur-ansur menjalankan kehidupan yang Islamic. Mungkin contohnya yang terbaik adalah bagaimana hendak wujudkan suasana pondok/perkampungan Islam kedalam komuniti islam itu sendiri. Adakah dengan perundangan atau "observance of basic syariat" is the best approach. Isu saya ketengahkan saya rasa simple, jika umat Islam masih lagi tidak faham kenapa perlu memakai tudung bagaimana mereka hendak faham Hudud. Principles of Islamic Justice mesti diadakan dahulu sebelum Hudud. Perhaps a better example would be the inefficiency of administering justice/judgement in local syariah courts has led divorce cases to be settled in some instances up to 4-5 Years. Sedangkan jika our judicial representative,Qadi, are qualified according to Islamic requirements, we would see that justice is almost immediate according to the right Quranic and Sunnah principles. Saya rasa sebagai negara yang penuh dengan muslim intellect,ustad,ulama dsb perkembangan ini amat membimbangkan dan kita perlu ingat "to uphold justice is in accordance to the Quran, to withold justice in any form is incurring the wrath of Allah Al-Mighty. Bukankah begitu senarionya sekarang. Sila Komen.
Keduanya prinsip, maaf saya lupa rujukannya dalam Firman Allah : Dan ikutilah perintah Allah dan Rasulnya. Dalam mentafsirkan ayat ini Fil Amar menunjukkan ayat perintah maka secara ringkasnya untuk menuruti perintah perlulah ikuti apa yang dilakukkan Rasullulah dalam kehidupan seharian, hukum-hukum yang dijalankan melalu Quran sebagai absolute law dan Hadis/Sunnah sebagai unjuran perbuatan atau execution-contohnya solat, banyak ayat memerintahkan umat manusia mendirikan solat dan hanya dengan menuruti cara perlakuan solat Rasullulah melalui Hadith dan Sunnah umatnya dapat mendirikannya secara praktikal (takbir,iktidal,sujud dsb). Maka begitu juga dengan hudud setelah diketengahkan dari mana datang syariatnya maka principle of observing Allah's command is absolute. Ini sama dengan hukum rejam ianya essentially adalah hukum yang dijalankan oleh Rasullulah maka kita takada hak hendak menolakknya.
Ketiga adakah dibolehkan jika kita buat masa ini menggunakan hukum sebat 100 dahulu sebelum rejam sehingga umat Islam faham akan consequences perbuatan zina itu. Maksud saya ditanahair kita pintu zina itu terlalu luas maka penjanaan hukum secara berperingkat lebih sesuai.
Akhirnya dalam bab Nasakh ayat bolehkan kita dapatkan aliran atau asalnya ayat/wahyu itu selain daripada merujuk hadis riwayat Saidina Umar r.a. Mungkin.
Terima Kasih
1. Apakah hudud perlu dilaksanakan sekarang atau ditangguhkan dan difokuskan pada penerangan dan tarbiyah, adalah isu-isu yg sudah lama dibahaskan. Kebanyakan ulama' berpegang pada kaedah," tasyri' kaamil' yakni Islam sudah sempurna diturunkan dan tidak ada alasan apa pun untuk umat Islam meninggalkan dan menangguhkan syari'at.
AlQardhawi dalam banyak kitabnya, antaranya yg terbaru, malameh Mujtama' Islami, 157-188 berpendapat realiti umat Islam itu perlu disukat, dalam sains pengurusan dinamakan Gap analysis (analisa jarak antara apa yg ada dan apa yg diidamkan), jika tahap kesedaran dan kefahaman amat rendah, maka sudah tentu tarbiyah, tasawwur, ilmu dan maklumat menjadi keutamaan. Ini kerana syari'at (hudud/qisas/takzier) adalah pelengkap, perisai dan pelindung kepada masyarakat yg sudah tersedia dan terbina dalam syari'atnya. Undang-undang bukanlah segalanya. Maka tahap memberi ilmu, tarbiyah ini mestilah dirancang dengan teliti oleh pemerintah yg adil. Masalahnya dalam kebanyakan negara umat Islam yg sudah 30-40 tahun pasca-merdeka, kebanyakannya tidak ada perancangan ke arah menggantikan perundangan penjajah dan diganti dengan perundangan Islam. Jika Malaysia ada wawasan 2020, ada rancangan Malaysia ke 7 (pelan strategik 10 tahun pembangunan), tidak ada kita dapati suatu master plan untuk menggantikan perundangan Civil ini. Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, UIA pernah menyebut, bahawa perundangan Islam di Malaysia telah diterapkan secara bertahap dan beransur dan JIKA tidaklah dengan kedatangnan penjajahan, niscaya Malaysia sebenarnya sudah pun melaksanakan syari'at sepenuhnya. tapi kedatangan Penjajah, menyebabkan proses penerapan syari'ah secara beransur ini telah terhenti hingga ke hari ini, sedangkan proses (bertahap dan beransur) itu sangat releven dan hikmah.
2. Kita bersetuju dengan apa yg anda kemukakan bahawa Hudud-Qisas dan Takzir adalah suatu perintah yg sama kedudukannya dengan hukum-hukum lain yg sudah maklum (solat, puasa, Zakat, haramnya Riba, dll). Hudud adalah kemuncak penyudah dan ultimate dalam Islam . Misalnya kita membina banglo yg canggih, maka memasang pagar dan sistem keselamatan disekelilingnya (hudud) adalah penyudah dan merupakan impian terakhir umat Islam. Mesti ada cita-citanya untuk melantik pemerintah yg akan melaksanakan hudud bagi menyempurnakan ajaran Islam. Ini suatu yg tidak dinafikan suatu fi'il amr.
3. Sebatan dan Rejam bagi kesalahan had zina adalah dua hukuman yg berasingan. Had sebatan 100 kali untuk pesalah zina yg bujang , manakala had rejam adalah untuk pesalah zina yg sudah berkahwin dan pernah merasakan seks secara halal. Bila hukuman had sudah digubal dan dilaksanakan, maka tidak ada lagi pindaan sedemikian kecuali datangnya dari sekumpulan fuqaha' yg bertaraf mujtahid jika ada sesuatu keperluan yg mereka saja yg mengerti. Setakat yg Ahkam tahu, pembahagian jenis had zina itu sudah ijma'.
4. Ayat yg telah dinasakhkan (mansuhkan) mengenai hukum rejam kpd pesalah zina yg muhsyan ada dalam kitab-kitab feqah. Misalnya dalam kita-kitab berikut: Bidayah alMujtahid 2/426; alMughny 9/4; Syarah Muslim 7/209 dan 213; Fathul Baari 12/98 dan nailool Awthor 7/90. Walaupun ayat rejam itu dinsakhkan, ia masih thabit melalui hadis. Allahu a'alam