SJ-1750: patung

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1750: patung

Assalamualaikum,
saya ada kemusykilan berkenaan hukum meyimpan patung (seperti hello kitty, pooh, tweety dan lain²) untuk tujuan koleksi kerana suka kepada kecomelan patung2 tersebut. Ini kerana ada yang menegur saya agar membuang patung² tersebut kerana malaikat tidak masuk ke rumah. Harap ustaz boleh bagi penjelasan. sekian terima kasih.

Re: SJ-1750: patung


Jawab:

Patung atau ukiran ada dua jenis: Untuk ditakdiskan/diidolakan dan satu lagi patung untuk permainan kanak-kanak dan remaja spt yg anda sebutkan. Patung yg diukir atau diperbuat dgn tujuan untuk disucikan atau di idolakan itulah yg haram, manakala pepatung atau boneka permainan atau Soft-toys hukumnya harus menurut Imam alhafeedz asy_Syawkani, Nailool Awthor Jld 8, Prof Dr al_Imam alQardhawi, Halal & Haram, 91, serta hukum Ruhsyah menurut Qadhi Iyadh. Dalilnya Imam Abu Daud dalam kitab Adab, 54 meriwayatkan Aisyah ra yg sering bermain dgn patung dan Nabi saw tidak mencegahnya. Inilah pendapat pilihan Syaikh alBakhit (mufti Mesir) dan Prof Dr Syurbasi dalam Yas-aluunak. Allahu a'alam