SJ-1781: Fidyah puasa wanita hamil

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1781: Fidyah puasa wanita hamil

Assalamualaikum Wmt Wkt tuan panel Ahkam

Wanita mengandung yang ada penyakit gastrik yang berbuka puasa di bulan Ramadhan, tetapi tidak pasti adakah dia berbuka untuk keselamatan anaknya atau dirinya. Bagaimana cara bayar fidyahnya. Adakah perlu qada~ sahaja atau kedua-duanya?

Re: SJ-1781: Fidyah puasa wanita hamil


Jawab:

Macam mana boleh berlaku begini? Gastrik mestilah disahkan oleh doktor begitu juga kehamilan juga sebaiknya hendaklah mendapat nasihat doktor. Jika wanita itu berbuka puasa dan tidak pasti kenapa dia harus berbuka, ini suatu maksiat. mengikut fiqh Syafi'iy dan Hanbali: jika khuatir hanya untuk dirinya, maka qadha sahaja. Jika khuatir kesihatan diri dan anaknya, qadha dan fidyah. Jika bingung atau tidak ingat, kaedah dalam madzhab Syafi'iy ialah qadha dan fidyah, ini akan melenyapkan was-was. Fiqh Islami. Allahu a'alam