SJ-1909: Menanam uri?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1909: Menanam uri?

Assalamualaikum,

Saya sekarang bekerja di luar negara, dan isteri saya insya ALlah akan melahirkan anak dalam masa beberapa bulan terdekat. Terbaca dlm buku di antara hak ibubapa bilamana anak itu lahir adalah mengazan, menamakan, aqiqah dan antara lain adalah menanam uri/placenta bayi. Bolehkah Ustaz beri dalil plus pandangan madzhab lain (esp Hanafi sebab berada di UK) tentang menanam uri dan bentuk aqiqah. Apakah kita boleh lepaskan tanggungjawab menanam uri pada non muslim dan apakah cara terbaik untuk berdepan bilamana terdapat halangan utk berbuat demikian.
Jazakallah

Re: SJ-1909: Menanam uri?


Jawab:
Mabruk atas rezki yg bakal anda terima tidak lama lagi. Mengenai amalan2 biasa sempena kelahiran itu memang sudah maklum dalam masyarakat kita: azan, tahnik (memberi makanan manis contohnya kurma), tasmiah (memberi nama), akikah/nasikah dan khitan. Adapun amalan sekitar uri itu tidak ada perbahasan langsung dalam kitab2 sunnah. Saya mengagaknya ialah adalah adat Melayu sahaja yg tiada sandaran dari asSunnah. Mengenai azan walaupun hadis2nya dha'ef, Imam Ibn Qayyim (Tuhfatul Wadud) dan Imam alBaihaqee (Sya'bul Iman) berpendapat boleh azan dan iqamat kerana hadis2 dha'ef itu bila dikumpulkan menjadi kuat dari pelbagai jalur riwayat. Akikah pula adalah sunat hukumnya menurut jumhur dan binatang yg paling sunnah ialah kambing dan dilakukan pada hari ke7 jika tidak ada kesulitan. (Prof Ulwan, Tarbiyatul Awlad, Jld 1) WaLlahu a'alam