SJ-1940: Fiqh Siyyam: Qadha atau Fidyah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1940: Fiqh Siyyam: Qadha atau Fidyah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ,
Ustaz ,
Saya telah tertinggal puasa saya bagi tahun lepas selama 10 hari kerana kedatangan haidh. Dan alhamdulillah, saya telah dapat qadha' puasa tersebut bagi 7 hari. Jadi, bakinya masih ada 3 hari lagi .
Takdir Allah, saya telah melahirkan anak pada 3 minggu lepas dan saya masih lagi belum qadha' puasa 3 hari itu sedangkan Bulan Ramadhan yang baru akan menjelang tidak lama lagi .
Apakah yang perlu saya lakukan, ustaz?. Adakah saya wajib menqadha' juga puasa tersebut ?, ataupun saya mesti qadha' 3 hari itu dan juga mesti juga membayar fidyahnya? ( sebab ada seorang guru agama katakan bahawa saya mesti qadha' puasa itu sekali dengan membayar fidyah untuk 3 hari itu ) .

Mohon pihak ustaz jelaskan dengan sebaik-baiknya. Adakah ulamak kita mempunyai berbagai-bagai pendapat di dalam masalah ini, dan jika ada, apakah pendapat yang lebih patut saya amalkan . Ribuan Terima Kasih . Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .

Re: SJ-1940: Fiqh Siyyam: Qadha atau Fidyah


Jawab:
Fiqh Syafi'iy menetapkan:
Tiga (3) hari itu wajib qadha sahaja jika ada alasan kukuh kenapa ia tidak dapat dilakukan sebelum kedatangan Ramadhan yg baru.
Ia dikenakan penalti fidyah (bg setiap hari yg ditinggalkan) sebagai denda tambahan qadha' jika ia sengaja melengah-lengahkan qadha tanpa sebarang alasan syar'iy.

Fiqh Tarjeeh atau tahqeeq (penilaian semula), misalnya Dr Qardhawi, (Fatawa Mu'asirat), penalti fidyah itu tiada dalil syara' bahkan lebih kpd hanya ijtihad fuqaha' sahaja dan memadaii dgn qadha' sahaja. Terpulanglah kepada puan untuk kekal berpegang dgn fiqh Syafi'iy atau berpindah kepada fiqh tarjeeh. WaLlahu a'alam